6 thoughts on “Kongsi Bahan”

  1. Happy Blogiversary!!

    Sejak kelahiran laman blog yang pertama (tiada kepastian yang jelas sebenarnya), kini usianya sudah menjangkau 10 tahun (satu andaian lazim). Selama itu juga ‘hantu halus’ ini meresap di laman maya, Internet. Mahu atau tidak, suka atau benci kita harus menerimanya.

    Sebenar-benarnya melabelkan 2007 sebagai ulang tahun ke-10 Weblog bukanlah satu kenyataan yang tepat dan tidak tersangkal. Sukar menentukan apakah bentuk dan siapakah ‘blogger’ pertama.

    Walau apapun, rencah baharu edisi global ini telah mewarnai pelbagai isu baik di dalam mahupun di luar negara. Sudah ramai juga pemimpin-pemimpin dihentam, dikerunyuk dalam blog. Sudah ada orang yang berani-berani melawan tauke di dalam blog. Laman blog juga tidak kurang telah mendedahkan banyak skandal manusia lain. Banyak yang buruk, busuk dan hodoh, tetapi banyak juga yang elok, baik dan bermanfaat. Kalau tak percaya, cuba ‘bergebang-gebang’ di laman direktori blog dan singgahlah mana-mana satu laman blog di Malaysia.

    Disember 1997 dalam laman webnya Robot Wisdom, Mr. Berger menulis, “ I decided to start my my own webpage logging the best stuff I find as I surf, on a daily basis,” yang kemudiannya Oxford English Dictionary menyatakan bahawa daripada frasa inilah di mana perkataan ‘Weblog’ berakar.

    Kepada teman-teman blogger yang kebetulan (sengaja atau tidak sengaja) singgah di laman blog ini minta emailkan kepada saya beberapa kenyataan tentang mengapakah anda melayari atau memulakan blog sendiri. Ceritakan apakah tujuan dan agenda. Baik peribadi mahupun untuk tatapan umum.

    Bukankah baik kita berkongsi.
    MARI BER‘BLOG’ KITA
    rozlan@utusan.com.my
    Lawat: http://www.tintarona.blogspot.com

  2. 13 MEI: Sebelum dan Selepas
    Sejauh Mana Tunku Mempertahankan Pandangannya
    _________________________________________
    Oleh: Rozlan Mohamed Noor

    Setelah hampir 40 tahun berlalu peristiwa berdarah yang melanda negara pada 13 Mei 1969 terus menjadi polemik yang signifikan untuk diperkatakan. Pelbagai pihak mahu tampil dengan bermacam-macam tanggapan, pandangan, malah saranan yang berbeza; yang memungkinkan pelbagai kepentingan dalam pernyataan pendirian tersebut.

    Sebuah buku yang baharu sahaja dilancarkan pada Mei yang lalu dan ditulis oleh Prof. Dr. Kua Kia Soong misalnya (May 13 Declassified Documents on the Malaysia Riot of 1969, SUARAM), mengemukakan salah satu pandangan berhubung peristiwa tersebut. Malah menurut pandangan seorang tokoh sejarah, pendekatan yang digunakan dikatakan menolak bingkai kepercayaan lama bahawa kekacauan 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan dalam aspek sosioekonomi.

    Dikatakan buku tersebut juga mengemukakan dakwaan bahawa wujudnya kapitalis Melayu yang diketuai Tun Abdul Razak yang cuba menjatuhkan Tunku Abdul Rahman menjadi punca utama kepada tecetusnya peristiwa itu.

    Sebaliknya apabila kita mengamati buku catatan peribadi Tunku dalam versi 13 Mei: Sebelum dan Selepas, 1969 terbitan Kumpulan Utusan dan hari ini diterbitkan semula sebagai sebuah catatan bersejarah oleh Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd (anak syarikat Kumpulan Utusan), suatu perbandingan dapat dilakukan.

    Buku yang menurut Tunku, “hal-hal sebenar yang berlaku menurut pandangan saya, sekalipun ia amat dahsyat,” adalah sebuah catatan hasil renungan Tunku tentang peristiwa itu.

    Dalam buku ini Tunku memberi gambaran bahawa Peristiwa 13 Mei merupakan akibat daripada pelbagai faktor, termasuk perarakan pengebumian seorang aktivis Parti Buruh yang pernah ditembak mati oleh polis setelah menyeru orang awam memulau pilihan raya pada 10 Mei 1969.

    Tetapi, satu isu timbul apabila Tunku sendiri dikatakan tidak terus menerus mempertahankan versinya dalam buku tersebut. Misalnya, dalam suatu wawancara pada April 1979 menjelang ulang tahun ke-10 peristiwa 13 Mei (Nadi Insan, 1 Mei 1979), jelas Tunku menganggap bahawa Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengkhianatinya (dikutip daripada Prakata buku terbitan terbaharu UP&D).

    Sebelum meleraikan persoalan sejauh mana Tunku mempertahankan pandangannya tentang peristiwa berdarah tersebut (terutama catatan Tunku melalui bukunya), sewajarnya buku catatan beliau yang baharu sahaja diterbitkan semula ini dibaca, diteliti dan dikaji semula.

    13 Mei: Sebelum dan Selepas yang diberi kata pengantar oleh dua tokoh berwibawa Prof. Dr. Nik Anuar Nik Mahmod dan Prof. Jomo K.S, seharusnya dimiliki dan jelas sekali memperkayakan lagi aspek rujukan silang bagi peristiwa yang benar-benar memberi pengajaran kepada bumi bertuah Malaysia.

    Sesungguhnya setelah 50 tahun negara kita mengecapi nikmat kemerdekaan, kita akan lebih matang menjadi sebuah negara berbilang bangsa yang murni hidup dalam masyarakat adil, makmur, sejahtera dan bersatu padu. InsyaAllah kematangan ini akan mengukuhkan penyatuan hidup kita pada masa-masa yang akan datang.

    SELAMAT BERDISKUSI.

    FAKTA BUKU

    Judul : 13 MEI: Sebelum dan Selepas
    Pengarang : Tunku Abdul Rahman
    Harga : RM 20.00
    Penerbit : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
    Jumlah Muka Surat : 195m/s

    Diulas oleh Rozlan Mohamed Noor

  3. Assalamualaikum … salam karya, kepada pengunjung laman budiman ini saya ingin menyeru tuan-tuan ke laman blog saya di http://www.tintarona.blogspot.com,

    Marilah kita sama-sama bertukar-tukar pandangan dan pengalaman terutama dalam dunia penulisan dan penerbitan. semoga mendapat keberkatan … Inysa-Allah.

    RMN
    http://www.tintarona.blogspot.com

  4. Make peace, not war!

  5. Salam buat para sahabat. Saya ingin berkongsi entri ini bersama…

    Tetapkan Matlamat: Mahu Cabar Diri Sendiri?
    ____________________________________

    MENETAPKAN matlamat dalam pelaksanakan sesuatu tidak sesukar mencapai matlamat yang direncanakan itu. Hal ini sering terjadi dalam aktiviti penulisan. Tidak perlu merujuk orang lain, diri sendiri bahkan.

    Namun, ketika saya berlapang-lapangan masa bersama menggelintar sesawang blog lalu terjumpa satu laman. Kira manafaat daripadanya cukup bagus sekali. Maaf saya terlupa sumbernya.

    Sang penulis laman blog tersebut bercerita bagaimana dirinya berjaya mencapai matlamat menghasilkan tujuh artikel / hasil penulisan dalam tempoh sehari ( 24 jam). Bagi saya ini menakjubkan, apatah lagi kalau ia mampu bertahan selama sekurang-kurangnya 26 hari dalam sebulan (ada ke yang sedemikian?).

    Bayangkan jika setiap daripada artikel itu bernilai RM 150.00 setiap satu bermakna beliau memperoleh RM 1050 untuk sehari. Andainya komitmen sedemikian mampu bertahan selama 26 hari dalam sebulan (dengan menolak empat hari minggu dalam sebulan) cuba didarab dengan 26 hari dalam sebulan, emm … RM 27,300.00. Lumayan, bukan?

    Mari kita andaikan pula kalau setiap artikel itu berjumlah 5 muka surat dan tujuh artikel bermakna beliau menghasilkan 35 ms. Sehari 35 muka surat, bermakna dalam sebulan (andaian 26 hari) beliau boleh menghasilkan sebanyak 910 ms! wah… ini sudah bersamaan dengan empat buah manuskrip novel popular (mengikut kebiasaan). *
    (*andaian artikel / hasil penulisan ditaip langkau dua baris, times new roman point 12.)

    Secara peribadi saya sendiri berasa sukar untuk mencapai matlamat sedemikian. Namun, itu tidak mustahil bukan? Ada sesiapa yang mahu bersama saya berkongsi matlamat ini dan kita saling cabar mencabar. Mana tahu akan ada manafaat bersama daripada kegilaan ini. kata orang ‘gila’ dahulu baru boleh berjaya!

    Selamat mencabar diri!

    DISKUSI di http://www.tintarona.blogspot.com

  6. Assalamulaikum… wahai sahabat2… saya ingin mengambil kesempatan ini utk menjemput ULAT-ULAT BUKU seluruh negara ke JUALAN GUDANG Kumpulan Utusan di no. 1 & 3 Jalan 3/91A Tmn Shamelin Perkasa, Cheras .

    Terdapat pelbagai judul buku (lama dan terbaharu) dijual dengan potongan harga sehingga 70%. Juga terdapat jualan MAJALAH terbitan kumpulan Utusan.

    Sekian Harap MAklum.
    http://www.tintarona.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s