Hari ini 26 Ramadhan, terasa begitu pantas masa berlalu sepanjang se-Purnama kita berpuasa. Menjalani ujian di bulan tarbiyah Ramadhan. Tatkala masing-masing sibuk menyiapkan pelbagai tugasan penting sebelum hari lebaran,jangan kita abaikan tanggungjawab sebagai hamba-NYA.

Dalam 2-3 hari akan datang, operasi balik raya tentunya menghiasi segenap ruang kosong jalan raya dan lebuh raya. Kepulangan anak-anak perantau ke destinasi kampung halaman masing-masing tentunya akan ditunggu-tunggu ahli keluarga tersayang.

Selamat meneruskan ibadah dalam misi akhir Ramadhan 1431H. Salam Aidilfitri daripada Saya dan Isteri kepada yang mengenali. Maaf Zahir Batin.