Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Ramadan tiba maka pintu syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan ditutup serta syaitan akan dibelenggu.” – (Hadis riwayat Bukhari) Buat tetamu pelayar setia blog ini, diri ini ingin mengajak agar kita sama-sama terus beriltizam dan istiqamah dalam bulan Ramadhan Hijriah 1430 ini.

Sedikit perkongsian yang saya petik dari laman web Palestinkini.info

Selasa,  18/08/2009 – Sheikh Ekrema Sabri, pengerusi pihak berkuasa tertinggi Islam meminta penduduk Islam Palestin agar kerap ke Masjid Aqsa di Baitulmuqaddis semasa bulan Ramadan yang dijangka bermula hujung minggu ini.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu beliau mengatakan rakyat Palestin harus mengambil peluang bulan suci itu untuk menghabiskan masa di Aqsa dan mempertahankannya daripada bahaya. Beliau menasihatkan penduduk Palestin supaya menghadiri kuliah dan khutbah serta bersolat di tempat suci itu.

Di Palestin perjuangan saudara-saudari kita di sana tidak putus-putus untuk mempertahankan Al-Aqsa, doakan mereka diberikan kekuatan! Kita di sini ambil lah pengiktibaran dan pengajaran daripada peristiwa kesedihan Palestin-Gaza,Selatan Thai,Eighur China  dan juga semua peristiwa hitam yang berlaku ke atas umat Islam. Doakan kesejahteraan umat ini dan para pejuang agama Allah di mana berada!

Salam kemaafan daripada saya dan isteri.

Selamat berpuasa!