Ya Allah, Ya Tuhan Kami.. Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu. Maka eratkanlah ikatannya, ya Allah. Kekalkan kemesraan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak pernah kunjung padam. Lapangkanlah hati-hati ini dengan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat padaMu. Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan seelok-elok penolong. Ya Allah, perkenankanlah do’a kami ini. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Alhamdulillah, segala pujian buatNYA yang Berkuasa atas segalanya. Saya dengan rasa penuh kehambaan padaNYA ini, menjemput saudara saudari rakan sekalian ( Ex-Sekolah Kebangsaan Seri Kerian – 1995, Ex-SMSTSSS ( SokSek ) – Batch 1996-2000, Ex-classmate Ijazah PTV KUiTTHO-UTHM 2005 Graduate, Alumni dan IPI, Kelab Iqra UTHM, rakan-rakan dalam pejabat di KK Cawangan Bandar Baharu,  KK Bandar Darulaman, Gen2.Club.com, dan serta yang mengenali diri ini.

Ke Majlis Perkahwinan – Walimatul Urus saya dan pasangan. Maklumatnya seperti berikut :

13 Jun 2009 – Rumah Pengantin Perempuan di Selangor

4 Julai 2009 – Rumah Pengantin Lelaki di Pulau Pinang

Kepada yang berkesempatan untuk hadir, saya ucapkan terima kasih dan sila lampirkan emel untuk saya terus express mel kan semua kad jemputan🙂

Doakan saya ya!

Salam hormat.