Alhamdulillah syukur pada ilahi ALLAH yang satu!Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. dan kaum keluarga dan kerabat baginda, para sahabat,ulama’ dan umara’, tabii’ tabiin, para pejuang agama ALLAH, dan kaum muslimin,muslimat sekalian!

Hari ini, saya bertemu lagi saudara saudari semua dalam alam maya ini.

Pagi tadi sebelum melangkah ke tempat kerja saya sempat tekan ‘button’ 812 saluaran ESPN Astro Macam-Macam Ada, terpancar siaran ulangan perlawanan Barcelona Vs Lyon dalam merebut tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara ( Champions League ) , yakni satu kejohanan elit dunia selepas Piala Eropah ( EURO ) dan Piala Dunia ( World Cup ). Saban pagi dalam minggu ini, pastinya ada peminat-peminat bola dunia yang berjaga malam untuk menonton siaran Live perlawanan bola sepak yang melibatkan jagoan-jagoan kelab bola sepak terkenal dunia ini.

Chelsea, Liverpool, Bayern Munich,Manchester United,Arsenal,Barcelona antara kelab-kelab yang telah menempah tempat ke pusingan Suku Akhir Liga Juara-Juara ini. Tahniah buat pasukan-pasukan ini! Semoga semangat motivasi dan usaha kuat yang ditunjukkan mereka dapat dicontohi oleh anak-anak muda Malaysia yang menyarung jersi negeri masing-masing dan juga Malaysia ketika ini! Saya mengharapkan juga rangking 161 yang dikeluarkan FIFA baru-baru ini akan berubah menjadi 61 atau 16, atau tidak mustahil no 1 !

Apa-apa pun sayaberpandangan positif ada perancangan terbaik daripada pengurusan FAM untuk kemajuan bola sepak negara untuk kini dan masa depan. Baru-baru ini juga kita melihat kekalahan 2 tokoh sukan negara iaitu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David dalam pertandingan masing-masing. Apa-apa pun tahniah atas usaha kalian untuk berusaha mencapai satu kejayaan di peringkat yang tertinggi setakat ini! Ada peluang, boleh cuba lagi.

Begitulah saudara saudari semua,

Apabila kita menang, berjaya, kita akan mendapat pujian dan sorakan. Mungkin juga apabila kalah, sorakan dan pujian ini akan bertukar menjadi kritikan dan cemuhan sampai berbulan-bulan berpanjangan. Sudah menjadi adat kalah dan menang dalam sesuatu🙂

Dalam bola sepak juga ada seninya untuk mencapai kemenangan. Boleh kita sama-sama lihat dan fikir apa seninya itu?

Bayangkan 1 biji bola direbut oleh 2 pasukan berjumlah 22 orang pemain dalam satu lingkungan padang:) kalau difikirkan akal ini, buang masa saja menunggu 1 biji bola di padang dalam masa 90 minit bermain. Lebih elok diberikan setiap seorang 1 biji bola untuk bermain🙂 Itu kata-kata yang pernah saya dengari daripada seorang “saudari” mengenai bola sepak.

Bola Sepak, ada sistem berpasukannya yang tersendiri bermula daripada Kapten ( ketua pasukan) yang bersama-sama anak-anak buahnya merancang strategi untuk menceroboh kawasan pihak lawan. Kawalan bola, penguasaan kawasan padang, kawalan kebal pintu gol, terkaman tepat membolosi gol lawan, semuanya ini diatur dengan baik untuk mencapai satu perkara iaitu MENANG. Memang banyak perkara dalam bola sepak yang boleh kita ambil pengajaran untuk memotivasikan kita dalam sesuatu perkara. Itu bagi sesetengah orang yang faham akan seninya bola sepak itu. Tidak salah, mungkin ada orang mengatakan permainan lain juga ada strategi dan seninya yang lebih baik. Mungkin ada yang suka cara Dam Aji, Congkak, Kavadi, Galah Panjang, Polis Sentri, Batu Seremban, Jengkek ( Permainan Tradisional Zaman Dahulu ).

Mungkin juga saudara, saudari di luar sana yang mampu menafsirkan permainan lain yang boleh membangkitkan nilai-nilai motivasi diri untuk mencapai keJAYAan dan keMENANGan, ayuh luahkan di ruangan komen saya. Nizam83 alu-alukan sebarang komen dan cadangan untuk tambahbaik penulisan saya ini.

Sekian, mohon beredar seketika.

10.04 pagi Khamis.

15 Rabiulawal 1430H