Assalamualaikum. Salam Kasih Sayang daripada saya.

Hari ini, petang ini tatkala sibuk nak berangkat pulang ke rumah dari kamar tempat kerja ini, saya coretkan sesuatu untuk tatapan diri ini dan kita bersama.

2008, bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Ya! Pejam celik , kerdip kelopak mata buka dan tutup ini, kita sudah hendak menjangkau 2009 jika dipanjangkan umur ini untuk bertemu tahun baru Masehi ini. Pastinya cabaran lebih kuat dan pelbagai lagi kisah yang akan dipaparkan dalam 2009 nanti.

Hujung 2008 ini, semestinya setiap yang bergelar ‘pekerja’ sibuk untuk menyiapkan semua laporan, tuntutan dan sebagainya sebelum akaun ditutup! Perancangan takwim, budget 2009 juga bakal dibentangkan setiap jabatan dan sektor perkhidmatan awam mahupun swasta. Semuanya perlu ada perancangan dan strategi serta masing-masing untuk perlaksanaan gerak kerja.

2008, perlu diperhalusi diri kita di mana ada lagi kecacatan dan kekurangan serta kelemahan untuk diperbaiki. Dengan bermuhasabah kembali, baiki semula keretakan yang ada dalam 2008 untuk diperkukuhkan dalam 2009 nanti:)

Saya merasakan cukup serba sedikit untuk saya aktifkan jari-jemari ini di laman sesawang Nizam83 ini.

Bersambung di lain masa.

5.32pm, 15 Disember 2008

bersamaan 17 Zulhijjah 1429H