Salam Tautan Kasih Sayang Buat Semua:)

Saya sudah lama tak update blog ini. Hari ini ada nilai rajin untuk update setelah lama tidak aktif menulis di layar maya ini. Pagi ini saya membelek-belek sisipan muka depan akhbar Harian Metro, bertajuk “Bergasak kerana tarian”. Berita mengenai remaja anak muda kita pada hari ini yang “Mantop” dan “Bijak” menari tarian yang dikatakan menarik iaitu “Shuffle”. Saya ringkaskan kandungan berita tersebut. Tarian ini dijadikan “Lesen” untuk mereka berpeleseran sambil minum arak dan bergaduh sesama sendiri. Itu rangkaian ayat mukadimah laporan berita tersebut. Saya merasakan anda semua pasti sudah tahu dan diberitahu juga mengenai kegiatan remaja dengan tarian Shuffle ini.

Baru-baru ini juga saya berkesempatan berada di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang, dan aktiviti Shuffle ini juga dapat dilihat di sana. Remaja lengkap beruniform rasmi kumpulan Shuffle mereka dengan lambang dan identiti tersendiri. Saya pasti mereka ini semuanya masih bersekolah dan ada keluarga masing-masing. Ibu bapa saya juga tidak senang dengan suasana yang sebegitu kerana mereka remaja kita hari ini dan generasi akan datang! Tugas kita semua semakin berat untuk menyelamatkan bahtera generasi hari ini untuk sama-sama menongkah arus yang sentiasa bergelora ini.

Bukan ini sahaja isu yang menyentuh anak-anak generasi kini, banyak lagi sebenarnya yang kita tahu wujud di sekeliling kita. Semoga sama-sama kita fikirkan dan lakukan sesuatu. Rujuk juga di website ini http://urusetialandas.blogspot.com


Advertisements