Syukur pada ALLAH S.W.T. Dengan rahmat pemurahNYA dan kasih sayangNYA saya nukilkan sedikit perkongsian mengenai aktiviti mentor yang telah saya jalankan bersama rakan saya wakil dari sebuah NGO bersama anak-anak didik saya minggu lalu. Ia adalah aktiviti mentor yang dijadualkan untuk saya memantau perkembangan, tahap prestasi anak-anak didik saya ini. Alhamdulillah, aktiviti mentor kali ini saya jalankan di luar kawasan, jauh sedikit dari institusi pendidikan yang selalunya saya laksanakan.

Aktiviti bermula jam 5.30 petang di kawasan taman rekreasi bernama Ampang Jajar berdekatan dengan USM Kampus Kejuruteraan, Seri Ampangan, Nibong Tebal. Bermulanya, sesi riadah senaman ringkas ‘memeluhkan badan’, kami bermain sepak raga bulatan. Aktiviti ini dapat disimpulkan betapa pentingnya sikap kerjasama dalam ahli kumpulan untuk mendapatkan satu permainan yang baik, lambungan dan imbangan bola takraw yang boleh mencapai tahap bilangan yang ditentukan, 10,20,45 hingga beratusan angka. Jika kita bekerjasama dengan baik, InsyaALLAH imbangan bola takraw itu boleh dikira sampai ribuan juga walaupun ada 4-5 orang yang bermainnya:). Konsep kerjasama berpasukan!! Amalkan ia dengan baik samada dalam belajar, bekerja dan berumahtangga.

Aktiviti seterusnya adalah mengenali diri, anak-anak mentee mengisi borang berbentuk 2 bahagian kolum yang bertajuk “Kejayaan Anda Setakat Ini ” dan “Matlamat / Perkara Yang Ingin Dicapai”. Mereka kusyuk mengisinya kerana masing-masing ada kejayaan dan cerita menarik sepanjang kehidupan 21 atau 20 tahun yang lalu. Mereka juga ada cita-cita dan impian untuk dicapai dalam masa terdekat dan juga jangka panjang. Ayuh, amalkan juga perkara ini dalam kehidupan kita, kerana anda tahu siapa, bagaimana, diri anda! Semoga perkongsian aktiviti mentor seumpama ini dapat diteruskan lagi di pelbagai tempat serta kaedah yang boleh mendekati para remaja dan anak-anak muda kita pada masa kini.

Di sini, saya lampirkan beberapa gambar menarik yang telah saya ‘snap’ ketika aktiviti dijalankan. Moga ada manfaatnya.