Alhamdulillah saya bertemu lagi dalam ruangan alam maya ini menemui anda semua! Apa khabar dan bagaimana hari ini dalam kehidupan anda. Sememangnya ia memerlukan satu anjakan kebaikan daripada hari semalam dan seterusnya memuncak satu kegemilangan dalam hidup kita sebagai hamba ALLAH S.W.T. di muka dunia ini.

Hari ini sudah 4 hari dalam bulan Ogos 2008, ya bulan kemerdekaan buat seluruh warganegara Malaysia keseluruhannya. Bulan 8 ini juga akan menyaksikan pelbagai kenduri-kendara sempena musim cuti sekolah pada pertengahan Ogos nanti. Tahniah buat rakan-rakan saya yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. Soalan-soalan bonus seringkali memenuhi ruangan inbox telefon bimbit Samsung saya berkenaan, “Syeh, bila lagi nak rasa nasi minyak enta?”, “Hang bila lagi?”. He he. Itulah antara kata-kata suntikan jiwa dari rakan-rakan saya.

InsyaALLAH, jawapan bakal menjelma. “Press Conference” khas saya buat untuk jawapan itu:). Untuk perkongsian semua, setiap Sabtu petang jam 4-6 petang, saya telah mendaftarkan diri untuk mengikuti satu Kelas Perbualan Bahasa Inggeris. Kelas ini berlangsung selama 3 bulan. Carta masa 3 bulan ini juga bersesuaian dengan ‘training’ dan latihan intensif saya untuk persediaan menduduki ujian Malaysia Universiti English Test ( MUET ). Saya mengambil ujian MUET ini sebagai satu persediaan saya untuk menyambung pembelajaran ke peringkat Sarjana dan seterusnya nanti. Di samping itu juga, ia adalah sebagai landasan saya untuk mempertingkatkan kemahiran berbahasa asing ini dalam diri. Dengan iltizam dan azam ini, saya bakal menjadi calon MUET 2008 pada Oktober ini. Doakan kejayaan saya!

Melalui kelas Bahasa Inggeris ini, saya diberi pendedahan awal mengenai konsep ‘sukanya’ kita kepada BI. Bukan suka-suka untuk belajar atau suka-suka untuk memahaminya. Kita perlulah menyukai sesuatu dengan kelapangan dada dan mendalam dalam jiwa kita. Itu rasanya bahasa yang mudah🙂. Maafkan saya juga anda bahasa Melayu saya ini kurang baik dari segi susunan dan tatabahasanya ya:)!. Kepada penulis-penulis dan pakar bahasa, jika ada salah tolong tegur saya. Semoga kita perolehi kebaikan sama-sama. Sedikit ilmu saya nak kongsi di sini, kata guru Bahasa Inggeris saya, “S” is a Golden Sound Of English. Perbetulkan sebutan “S” dalam setiap pertuturan Bahasa Inggeris kita supaya ia sedap untuk didengari:)

Semua tetamu nizam83,

Saya tidak mahu berceloteh panjang. Salam kejayaan daripada saya.

Sekian, bicara tengahari 4 Ogos 2008 bersamaan 2 Syaaban 1429H.

Gambar kenangan bersama salah seorang rakan sekampung yang akan mendirikan rumahtangga pada Oktober nanti, bulan 8 ini katanya, get prepare dah! ( Bro yang berbaju MU tu:) )