Alhamdulillah saya kembali mencoretkan sesuatu di laman ini. Hari ini di pejabat tempat saya bekerjaya, telah diadakan satu Hari Pemeriksaan Kesihatan secara free! Ramai sungguh rakyat jelata yang hadir untuk sama-sama menjalani pemeriksaan kesihatan diri. Tidak ketinggalan juga buat diri saya.

Bermula dari kaunter tekanan darah, timbang berat badan unggul dan sebagainya saya menghampiri meja “Sesi Kaunseling”. Saya menerima dengan baik setiap nasihat dan kata-kata motivasi daripada Puan Nurse yang berborak dengan saya. Dengan penuh rasa syukur kerana terlintas juga niat saya untuk memeriksa kesihatan diri pada pagi ini. InsyaALLAH dengan izin-NYA dan kekuatan azam dan niat baik saya untuk menjaga kesihatan diri menjadi pendorong buat diri ini. Kurangkan berat badan! Itu azam saya🙂. Apa-apa pun, bermula dari kemahuan diri kita untuk bersikap positif dan terus bermotivasi dalam menjaga kesihatan.

Rasionalnya di sini, saya melihat daripada aspek dalaman diri. Jika kita hendak kepada sesuatu tentunya kita akan berusaha sedaya upaya dan tidak berputus asa melakukannya. Dengan keazaman dan iltizam yang kuat di samping sikap Istiqamah kita dalam menjalankan sesuatu, ia pasti menunjukkan hasil!

Semoga kata-kata inspirasi hati saya pagi ini mengenai pentingnya menjaga kesihatan diri dapat kita hadamkan bersama-sama telusnya jiwa kita kerana ALLAH SWT. Orang Muda kena kuat jiwanya dan kuat kudratnya, untuk kuatkan juangnya!

Untuk itu, saya mengistiharkan “Kempen Jaga Kesihatan” untuk diri saya yang pertamanya dan buat semua rakan-rakan tetamu di luar sana:) Salam kesihatan dari saya.

Sekian dahulu, bicara pagi Ahad 27 Julai 2008

bersamaan 24 Rejab 1429H.