Salam tautan ukhwah buat semua. Diri ini ucapkan semoga berbahagia di Penghulu segala hari, Jumaat yang indah ini. Pagi ini saya bercuti, biasalah bekerja di lapangan Kedah Jelapang Padi, sememangnya hari bekerja dari Ahad ke Khamis sahaja.

Saya sengaja mencuri sedikit ruang masa untuk menjenguk ke sebuah Cyber Cafe ( CC ) di tempat saya. Jam 10.15 pagi saya ke sana.Awal kan? Pada reaksi pertama saya melihatkan CC ini penuh dengan basikal merasakan ianya ada satu pesta di dalamnya. Ya! Sangkaan yang agak tepat. Kedengaran riuh rendah, “Atas bangunan, atas tu….tembak-tembak!”, itu antara jeritan halus suara adik-adik generasi paling muda. Saya amat pasti mereka ini masih bersekolah rendah dan belum habis mengaji lagi! Sangkaan saya bertambah kukuh lagu dengan melihat kaki mereka masih memakai kasut putih Bata atau Pallas yakni kasut pakaian rasmi sekolah. Cumanya tidak lengkap berbaju uniform kerana tertera di depan pintu CC, “Pelajar Yang Memakai Uniform Sekolah TIDAK DIBENARKAN MASUK”. Menarik bukan?

Tentunya mudah bagi mereka yang berusia muda ini masuk, buka sahaja uniform sekolah dengan pertukaran sehelai t-shirt sahaja, itulah tiket untuk masuk ke CC. Saya pasti ini sudah menjadi rutin harian mereka, dengan menyaksikan betapa kusyuknya adik-adik ini memetik keyboard dan mengawal mouse! Di mana-mana juga, pastinya CC menjadi kegilaan remaja masa kini. Bermain game perang, FiFa, Technical and Strategy Game menjadi sarapan pagi mereka setiap hari!

Anak-anak CC ini, yang paling menyedihkan juga buat diri saya, majoritinya adalah seAgama dan seSaudara dengan kita:). So, ada bagaimana kita di luar sana? Termasuk diri saya juga, fikirkanlah sesuatu ya?!

Sekian, bicara pagi Jumaat 15 Rejab 1429H.

10.48 pagi.