Salam juang saya buat semua!

Saya menulis ini dari kamar pejabat saya. Seharian saya berhadapan dengan laptop saya ini untuk melihat pelbagai isu dan entri terkini daripada bloggers dan juga media massa ( e-Media ) di alam maya ini. Ya! Seharusnya, semua pihak sudah pun melihat, menyaksikan dan mendengar Debat Khas di antara dua tokoh dikenali kita, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Malaysia Datuk Ahmad Shabery Cheek. Saya tidak mahu mengulas lanjut berkaitan itu🙂 Tidak pakar saya untuk menilai mana yang menang, mana yang kalah. Masing-masing anda semua boleh membuat penilaian yang terbaik, InsyaALLAH!

Hari semalam saya bercuti kerana turut sama untuk menghayati Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Anda boleh melayari laman web khas berkenaan Sambutan ini di web ini.

Sampai di sini dahulu, ada banyak hendak ditulis, tapi kekeringan pulak dirasanya🙂

Badan pun terasa panas juga, penangan durian yang kini sudah tiba musimnya! Sampai bertemu untuk bicara saya akan datang.

13 Rejab 1429H.

5.00 petang.