Assalamualaikum wbt. Salam kebaikan buat semua pengunjung.

Sudah lama saya tidak coretkan sesuatu di sini. Sedang saya asyik meneliti apa yang berlaku di dalam negara mahupun di persada antarabangsa. Macam-macam ada!

Ya, tatkala kita dibuai dengan pelbagai isu yang melanda umat, marilah saya mengajak diri saya yang pertamanya kembali merenungi dalam diri kita sejauh mana kecemerlangan fikrah kita sebagai insan ciptaan ALLAH S.W.T. ini.

Sehingga ke saat ini, saya masih bercuti dari bertugas. InsyaALLAH pada 9 Julai nanti akan mula bertugas kembali. Dalam saat percutian ini, beberapa perkara dan ‘kerja buat’ perlu saya ambil tindakan segera. Atas segalanya, didoakan ianya akan menghasilkan keputusan dan gerak kerja yang memberikan manfaat kepada semua! Sekian dahulu bual bicara maya saya untuk seketika petang ini.

Salam kejayaan buat semua yang sedang berjuang!