Alhamdulillah sepanjangnya rasa syukur ku limpahkan pada Yang Maha Besar, ALLAHUAKBAR! Nafas jantungku masih berdegup untuk sama-sama membantu ku menulis sesuatu di blog aku ini:)

Syukran jazilan, terima kasih buat semua yang mengunjungi blog daku yang banyak kurangnya ini. Sibuk juga saya beberapa minggu dan hari kebelakangan ini. Hari ini, saya curi sikit masa nak menulis juga di sini:)

Beberapa minggu lepas, banyak jugak aktiviti dan ‘Kerja’ buat saya lakukan yang masing-masing berlainan modus operandinya namun bermatlamatkan satu perkongsian kejayaan dan ke arah penerusan mata rantaian manik-manik Islam itu sendiri. InsyaALLAH dengan izinNYA jua, beberapa aktiviti dan ‘kerja’ buat ini akan dilaksanakan dalam Jun 2008. Program Motivasi Pelajar, Bengkel Solat dan pelbagai lagi yang direncanakan bakal menyusul. Dengan kudrat dan azam serta iltizam, moga-moga ‘kerja’ ini berterusan di kala ada juga kadang-kadang tewasnya diri dengan nafsu ‘malas dan segan’.

‘Kerja’ Buat kita masih belum selesai untuk sama-sama meneruskan ‘Kerja’ yang dilaksanakan Rasulullah S.A.W. tercinta!

Sekian dulu, bicara pagi Jumaat 30 Mei 2008

bersamaan 24 Jamadil Awwal 1429H.