Alhamdulillah,saya ambil kesempatan sedikit di ruang rehat masa kerja ini untuk tulis sesuatu. Dipanjangkan kesyukuran kepada-NYA saya berkesempatan lagi untuk menyatakan perjalanan langkah demi langkah kehidupan saya d lembaran maya blog ini.

Untuk minggu ini dan bulan ini khususnya April-Mei ini saya banyak terlibat dengan aktiviti riadah yang mana lebih tepatnya dengan aktiviti bersukan. Mana tidaknya, diamanahkan untuk sama-sama melatih para pelajar saya yang akan mewakili ‘Team Kami’ pada Karnival Sukan Mei nanti🙂 Ya, itu memang sukan kegemaran saya, apalagi kalau bukan permainan popular dunia “Bola Sepak” dan juga “Futsal”.

Lega rasanya bila dapat mengeluarkan pecahan peluh-peluh ini untuk menyihatkan badan:). Otak cergas, barulah Ion-Ion Positif dan Negatif dalam badan dapat mengecas! Melalui permainan bola sepak juga, kemahiran memimpin pasukan, mengurus dan merancang strategi dan taktikal permainan menjadi formula paling penting untuk kejayaan sesebuah pasukan. Pembentukan pasukan yang baik ditambah lagi dengan kemahiran para pemain menterjemahkan kawalan emosi mereka dengan baik. Kejaayan dalam sistem pembelajaran juga boleh diambil ceduk melalui kaedah permainan bola sepak. Cuba kita fikirkan bersama:)

Selamat Bekerja!

Sekian, bicara tengahari Rabu

1240 pm. 16 Rabiul Akhir 1429H