Salam penuh kebahagian buat semua pengunjung blog ini. Pada hari ini, saya ‘update’ penulisan saya di sebuah Cyber Cafe atau istilah popularnya ‘CC’. Terkejut saya melihat dengan suasana Global Era sekarang ini, CC sudah menjadi satu ‘port’ paling diminati terutamanya anak-anak muda remaja. Ada sahaja golongan ini yang senantiasa memenuhi ruang dan tempat duduk di CC. Ini fenomena yang semakin berkembang di dalam dunia teknologi ICT sekarang ini.

Petik sahaja dengan jari, apa maklumat yang anda ingin cari, pasti menjelma. Jika tidak dapat dijumpai sekalipun, komputer akan memberikan jawapannya. Ini zaman Bloggers, Era Internet, semuanya On-Line, Jalur Lebar, Broadband, E-Banking, E-Macam-Macam dan sebagainya. Saya ingin mengajak saudara saudari semua, bertukar pandangan, tambah baik segala rancangan saya untuk ‘Kerja’ saya menjadikan golongan remaja / golongan muda-mudi ini sebagai barisan pelapis generasi kepemimpinan yang baik untuk masa akan datang. Ada kita pernah dengar ‘Jika kamu ingin melihat pemimpin akan datang, lihatlah generasi yang ada sekarang’. Jika tersalah betulkan saya. Saya menjadikan ‘diri’ saya untuk ‘sibuk’ berfikir tentang ini adalah kerana saya sayangkan Agama saya, saudara seagama saya dan Maha Pencipta diri saya, ALLAHUAKBAR!

Sepanjang 2-3 minggu lalu, saya ada berkesempatan untuk menjalankan satu sesi motivasi kepada adik-adik pelajar sekolah rendah. Saya juga sempat untuk beriadah ( Futsal ) bersama rakan-rakan sepejabat dan anak-anak didik saya selama sehari suntuk. Melalui sukan juga remaja dapat dibentuk dengan baik sebenarnya. Bila kita bersukan, pastinya garis panduan seperti menutup aurat dan menjaga batasan pergaulan itu dapat kita terapkan untuk mereka berfikir. InsyaALLAH, dengan izin-NYA kita diberikan kekuatan untuk membantu diri ini dan juga orang lain. Semoga kita dapat memanjangkan perbincangan ini bersama-sama.

Saya merakamkan jutaan penghargaan buat semua pengunjung dan tinggalkan sebarang kata dua komen kalian dan cadangan kalian untuk manfaat bersama. Mohon maaf juga kiranya, bahasa yang saya gunakan dalam entri-entri saya tidak menyenangkan mana-mana pihak atau kesalahan tatabahasanya, mohon tunjuk ajar.

Saya dalam perancangan untuk membina satu ‘team’ remaja di kawasan saya untuk sama-sama bergerak untuk kebaikan semua! Doakan perancangan ini dipermudahkan. Kita hanya mampu merancang, dan sesunguhnya ada perancangan yang jauh lebih baik iaitu perancangan daripada-NYA.

Sekian, bicara pagi Khamis.

11pagi.Parit Buntar