Salam ucapan dari saya. Didoakan kebahagaian dan sejahtera buat semua! Di bawah limpahan nikmat dari-NYA di bawah sinaran Iman dan Islam!

Saya pasti anda semua tahu, mengetahui dan ambil tahu apa yang berlaku pada dunia hari ini. Pelbagai isu dan topik-topik panas-sejuk-suam melanda sekalian penduduk dunia.

Ekonomi, Politik, Sosial, Sukan, Agama ada banyak coretan untuk kita semua ketahui. Ada berita yang benar-benar mengejutkan seantero dunia dan sebagainya. Diantara isu Nasional yang saya lihat di Berita Harian Malaysia pada hari ini ialah ; *

Desakan Abdullah undur permintaan peribadi Dr M

KUALA LUMPUR: Desakan Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan berikutan kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lalu dilihat sebagai satu permintaan peribadi. [+]

Mukhriz sedia tanding Ketua Pemuda

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata beliau sedia bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini jika mendapat sokongan daripada ahli pada peringkat akar umbi. [+]

‘Ahli Umno kena berani luah kepincangan’

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Mesyuarat Agung Khas (EGM) Umno, jika diadakan, perlu meminda Perlembagaan parti itu bagi memansuhkan sistem kuota pencalonan dan undi bonus bagi pemilihan yang akan berlangsung Disember ini. [+]

Kementerian jamin stok beras cukup

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menafikan bekalan beras terutama beras hancur mengalami kekurangan menyebabkan harga barang berasaskan beras seperti bihun mengalami kenaikan mendadak sehingga 15 peratus, baru-baru ini. [+]

Penggenapan 1 sen disambut baik

KUALA LUMPUR: Mekanisme Penggenapan yang pelaksanaannya bermula semalam, iaitu semua pembayaran di kaunter tidak lagi menggunakan syiling satu sen dipatuhi kebanyakan peniaga. [+]

Idris kekal pengerusi BN, Umno Terengganu

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh masih Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri walaupun tidak dilantik sebagai Menteri Besar. [+]

Ahli Umno dinasihat tak leka ‘berpolitiking’

MELAKA: Pemimpin dan ahli Umno di seluruh negara diminta menumpukan perhatian kepada usaha memperkukuh dan memulihkan imej parti, serta tidak lagi terbabit dengan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kedudukan termasuk mengeluarkan kenyataan bersifat kontroversi. [+]

‘Jawatan Exco lebih penting’

IPOH: Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijanjikan pemimpin DAP Perak kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu daripada kalangan keturunan India tidak membawa banyak manfaat bagi membantu masyarakat berkenaan. [+]

Kerajaan tak henti khidmat feri

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak bercadang menghentikan perkhidmatan feri membawa kenderaan di Pulau Pinang walaupun pengurusan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dilaporkan mahu menamatkan operasi itu tahun depan. [+]

Pendidikan tak akan dipinggir

ALOR STAR: Negeri yang diperintah parti pembangkang tidak akan terpinggir daripada menerima peruntukan untuk memperkasa program pembangunan pendidikan negara. [+]

Aziemira rayu derma RM34,000 biayai pembedahan barah lutut

KOTA BHARU: Seorang penuntut Tahun Dua Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Bharu, terpaksa meninggalkan pengajiannya sejak enam bulan lalu akibat barah sendi yang menyerang lutut kirinya. [+]

Keluarga Sufiah buat solat hajat

MUAR: Keluarga pelajar pintar matematik, Sufiah Yusof yang dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral, akan mengadakan solat hajat dan berharap semua umat Islam turut berdoa supaya beliau kembali ke pangkal jalan dan pangkuan keluarga. [+]

Yusni Jaafar meninggal dunia

SUBANG JAYA: Pelakon dan pelawak veteran, Yusni Jaafar menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 62 tahun, kira-kira jam 2.30 pagi semalam di Hospital Selayang, selepas menderita penyakit hati yang dihadapinya sejak 2005. [+]

Proton utama keselamatan pengguna

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd tidak bimbang imejnya terjejas dengan pengumuman penarikan semula semua kereta Savvy untuk pemeriksaan kerana keselamatan pelanggan lebih utama ketika berdepan isu kesilapan teknikal kereta keluarannya. [+]

Jadual baru PMR 2008

PUTRAJAYA: Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) semalam mengumumkan jadual baru peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2008 yang disatukan kepada 13 hingga 17 Oktober depan, berbanding tarikh asal 13,14,15 Oktober dan 4,5 November. [+]


‘Pengurusan air kumbahan penting’

KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah pengurusan air kumbahan dan sanitasi amat penting kerana manfaatnya ke atas alam sekitar dan orang ramai jauh mengatasi kos ditampung. [+]

Kes bunuh Altantuya: Perbicaraan tumpu tanda eksibit secara terperinci

SHAH ALAM: Perbicaraan hari ke-102 kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi di sini, kini tertumpu kepada penandaan secara terperinci eksibit, termasuk tulang, rambut, tanah dan bahan letupan oleh pegawai penyiasat Asisten Superintendan Tonny Lunggan. [+]

Pemuda Umno serah memorandum

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Umno semalam menghantar memorandum bantahan penyiaran filem Fitna oleh Geert Wilders kerana menghina Islam di Kedutaan Belanda di sini, semalam. [+]

Rumah Timbalan Ketua Menteri dipecah masuk

KUCHING: Kebijaksanaan pemandu Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, menipu sekumpulan enam perompak bersenjatakan parang panjang yang memecah masuk kediaman menterinya di Fairway Villa, Petra Jaya, di sini, awal pagi semalam, berjaya menyelamatkan Dr Chan. [+]

Kanak-kanak lemas banjir kilat di KL

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang melanda ibu negara petang semalam meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun serta menyebabkan lalu lintas terjejas teruk kerana banjir kilat. [+]

Pekerja kontrak maut dihempap pokok

ARAU: Seorang pekerja kontrak maut selepas dihempap sebatang pokok rumbia ketika beliau sedang membersihkan kawasan kebun berhampiran kediaman adiknya di Kampung Banat di sini, petang kelmarin. [+]

Harta selepas jadi menteri diisytihar

KUALA LUMPUR: Transparency International Malaysia (TI Malaysia), berkata, pengisytiharan harta oleh menteri dan timbalan menteri, perlu dibuat hanya terhadap aset dan tanggungan yang diperoleh mereka selepas dilantik ke jawatan itu. [+]

Ya, itu antara topik-topik utama Isu Nasional negara pada hari pertama April 2008 ini. Belum saya ‘tampal’ berkenaan isu luar negara dan antarabangsa, memang banyak sekali🙂 Semoga segala apa yang terjadi ketika dan akan datang ini, kita tabah dan kuatkan iltizam, bulatkan tekad dan kukuhkan jatidiri muslim kita sekuat-kuatnya. Umat Islam juga mendapat satu lagi tamparan hebat dari negara Barat, Belanda yang menjual ‘publisiti murahan’ mereka dengan penghinaan buat seluruh umat Islam Se-Dunia! Fitnah dari Filem Fitna! Sama-sama kita fikir dan bertindak sebaik-baiknya demi menjaga kesucian agama yang kita cintai ini. Allahuakbar!! Maha Besar-MU Ya ALLAH!