Salam budiman buat tetamu dan juga teman-teman;

Semoga kalian semua terus segar-bugar di luar sana. Rasanya sudah banyak minggu dan hari saya tidak menulis di blog maya ini. Kering idea ka?Habis isu ka?Itu semua persoalan yang menyerang ufuk minda saya sebagai manusia ciptaan Yang Maha Kuasa, ALLAH S.W.T. Allahukahbar!

Saban hari, saban minggu kita terus menerus dihujani pelbagai peristiwa dan berita semasa sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Isu Palestin masih tidak ada jalan perdamaiannya, isu hukuman mati tahanan Al-Qaeda, cerita Barack Obama dan saingannya Hillary Rodham Clinton, demam Pilihanraya Umum, demam cuaca panas, krisis Selatan Thai, konflik Timor-Leste, tragedi Ops Sikap setiap tahunan, operasi Adik Sharlinie, dan pelbagai lagi rencam hidup dalam isu-isu utama media massa yang kita tahu. Tak terbaca, tak menang dek tangan nak kita selak akhbar setiap hari. Macam-macam ada! ( iklan Astro )

Saudara saudari semua;

Setiap kali kita berhadapan dengan situasi “Memilih Jalan Terbaik“, iaitu keadaan membuat pilihan atau pemilihan antara sesuatu benda, suatu jalan yang akan membawa satu penyelesaian sama ada Yes or No, Kalah atau Menang, Hidup atau Mati! Ini semua ada terjadi dalam hidup kita sebagai manusia khalifah di muka dunia ini.

Saya ingin membawa diri ini dan anda semua untuk melihat sejauh mana pilihan kita untuk menjadikan ianya terbaik buat diri kita. Kita telah membina jalan kehidupan kita dengan  ISLAM sebagai Jalan Utama pilihan kita, jadi usahakan lah agar jalan ini tidak akan retak, merekah dan roboh. Jadi bila ada sedikit retak, cepat-cepat cari jalan untuk mendekati pencipta kita, ALLAH S.W.T. Jauhkan diri ini dan kita semua dari kerosakan yang akan merosakkan Jalan yang kita pilih ini! Semoga atas sikap Istiqamah dan Mahu Buat kita menjadikan diri kita ini terus berada dalam Jalan Yang Lurus dan diredhai-NYA. Buat lah pilihan yang terbaik untuk yang terbaik! Diri ini mengajak diri saya yang utamanya untuk menghiasi Jalan yang kita pilih ini dengan hiasan-hiasan yang akan menerangi setiap kegelapan yang ada.

Andaikata tulisan saya ini ada cacat celanya, harap tuan-tuan, rakan tetamu sekalian dapat cepat-cepat membetulkan dan tunjuki saya jalan yang terbaik! Semoga ISLAM terus subur dan berbunga, berbuah untuk manusia merasai keMANISan nya!