Assalamualaikum wbt. Salam hormat dari diri ini.

Alhamdulillah setingi-tinggi kesykuran atas nikmat kurniaan pemilik dunia ini, ALLAH S.W.T. di atas izin-NYA jua dapat saya nukilkan sesuatu di weblog saya ini. Syukur tidak terhingga juga atas peluang yang masih diberikan-NYA untuk saya bernyawa dan sempat melangkah lagi satu tahap umur pada 21 Januari ini bersamaan 12 Muharam 1429H. 25 tahun lalu saya dilahirkan di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim.

Sehingga kini saya berada di Utara Semenanjung Malaysia, meneruskan kehidupan ini. Didoakan semoga kita semua dapat memanfaatkan rezeki, nikmat tubuh badan dan kesihatan ini untuk kebaikan semua!

Saya berkesempatan untuk menghadiri satu Ceramah Maal Hijrah di Masjid Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini. Kupasan isi dan isu oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Elias Bin Zakaria. Antara isi dan isu yang diolahnya pada malam tersebut ialah berkisar Maal Hijrah dan kaitannya dalam kehidupan kita sebagai manusia dan hamba ALLAH S.W.T. di muka dunia ini.

Saudara/i sekalian,

Saya berpesan juga pada diri saya yang utamanya mengenai “SELERA” kita bila kita berbicara soal ISLAM, soal kepentingan Ummah, soal isu-isu Agama, soal Moral dan Akhlak, soal kerja dan Ibadah. Di mana “SELERA” kita? Adakah bila terdengarnya AZAN yang indah ke udara di corong-corong ‘speker’ Masjid, Surau, Musolla, air liur kita akan pecah, macam kita “SELERA” kita terliur dengan ‘Nasi Kandar, Air Cincau, Kari Sembilang dan sebagainya. Kita kena ‘check-up’ dan ‘post-mortem’ semula di mana SELERA kita mengenai isu-isu ISLAM dan DIRI kita.

Dedikasi ini juga saya tujukan khas buat kedua ibu bapa tersayang, dan adk-adikku tersayang. Terima kasih, jutaan penghargaan buat kalian semua kerana memBAHAGIAkan ku.  Jasa ayah bonda tidak cukup hanya ku tulis di sini!

Semoga 1429H ini akan membangkitkan keazaman kita dan iltizam dalam kerja-kerja kebaikan dan kebajikan kerana ALLAH S.W.T.

Salam kemaafan dari saya, andai ada kekasaran bahasa dan kesilapan kata.

Sehingga berjumpa di lain lembaran.