Apa khabar semua? Didoakan semua ceria-ceria dan sehat di mana jua kalian berada. Salam penuh keceriaan saya lemparkan buat tetamu semua. Semoga iman dan takwa kita ini terus segar-bugar bertambah-tambah kebaikannya untuk manfaat diri dan hidup kita.

Tuan-tuan, saudara saudariku sekalian, kita sering kali berhadapan dengan masalah. Siapa yang tiada masalah? Angkat tangan jawab🙂 Setiap masalh, setiap kesulitan ada jalannya untuk peneyelesaian, ada cara bagi selesai, ada jalan untuk menuju kejayaan. Semua orang inginkan berjaya, berkehendakan KEJAYAAN! Ingin berjaya! Sejarah orang-orang yang berjaya dalam senarai sejarah dunia memang banyak. Ada yang berjaya ciptakan sesuatu, berjaya lahirkan sesuatu, berjaya membentuk sesuatu, berjaya hasilkan sesuatu, berjaya cetuskan sesuatu dan berjaya jinakkan sesuatu dan pelbagai lagi koleksi kejayaan yang direkodkan!

Wah, tentu terfikir kita, bagaimana semua kejayaan ini diperolehi? Adakah hanya duduk termenung di tepian mandi, berangan mimpi di atas pokok kelapa, duduk merenung bulan bintang sahaja? Tentu saudara dan saudari ada koleksi jawapan objektif dan subjektif untuk menjawabnya, bukan?

Memetik intisari buku tulisan Dato’ Dr.Mohd.Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof – 55 Petua Orang Berjaya, saya menyarankan kepada semua individu yang inginkan kejayaan dan petua-petua menggarap sinar kejayaan agar cuba beli, baca serta praktikan kandungan isi buku yang menarik ini! Ayuh, dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda!

Saya pinjam salah satu topik dalam buku berkenaan, menyentuh tentang Petua 1 “Saudara BUKAN GAGAL tetapi BELUM BERJAYA”. Ya, menarik bukan kata-kata ini, anda yang pernah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pelajaran, gagal temuduga kerja, gagal jadi angkasawan dan semua kata makna gagal dalam sesuatu bidang anda tentu akan lebih sejuk hati mendengar kata-kata “BUKAN GAGAL tetap BELUM lagi sampai apa yang dikatakan BERJAYA”.

Jom kita imbas sedikit cerita Kolonel Sanders bersama resipi sedanya Ayam Goreng Kentucky Fried Chicken ( KFC ) – Sedap dimakan, begitu saja! Berapa kali dia cuba memberi keyakinan orang terhada resipinya? Sampai orang yang ke-1000 pun, masih kata ,”Hmm…You kena banyak masak lagi la..” ( lebih kurang kata-kata menolak resipinya yang masih tidak memuaskan hati pelanggan yang ke-1000 ). Namun orang yang ke 9 selepas orang ke-1000 tadi barulah, kata-kata POSITIF didengarinya. Orang yang ke-1009 dik! Wah, hebat bukan? Erti PUTUS ASA, MALAS, TIDAK YAKIN tentunya jauh dalam kotak pemikiran Kolonel Sanders. Orang yang ke-1009 mengatakan ”Hmm..resipi ini sangat BAGUS!” Hingga menjilat jari ( ini saya tambah sahaja:) ). Apa akan jadi jikalau Kolonel Sanders awal-awal lagi menarik nafas, mengeluh lalu tidak teruskan misi resipinya itu?😉

Begitu juga dengan usaha gigih Thomas Elva Edison, kerja kuatnya dalam merekacipta lampu setalh hasil usaha lebih 10,000 kali! Ada tokoh pernah mengatakan,” Ilham orang yang GENIUS hanya memberikan sumbangan 1% kepada hasil kejayaan, dan 99% lagi itulah USAHA yang GIGIH!.

Ada banyak lagi kisah sejarah dan rekod kejayaan yang melibatkan nama-nama besar dalam sejarah dunia. JANGAN kita lupakan, tokoh-tokoh ilmuan dan cendekiawan Islam yang banyak mencipta kejayaan yang begitu CEMERLANG, lagi SUNGGUH GEMILANG, menjadikan ISLAM TERBILANG! Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Razi, Ibn Qayyim,Ibn Rusyd, Al-Gahzali, Al-Farabi, Ibn Khaldun dan RAMAI lagi tokoh Ilmuwan Islam yang ada dalam sejarah kejayaan dalam kehidupan dunia!

Semoga kita ambil petua-petua berguna mereka ini semua, untuk mencipta KEJAYAAN yang kita Impikan bukan hanya MIMPIKAN sahaja! Oleh itu, “JANGAN Matikan enjin usaha anda, teruskan nyalaannya kepanasannya untuk sampai ke puncak KEJAYAAN!”