Salam hormat dari saya buat anda semua, apa khabar rakan-rakan?Saudara saudari ku semua? Doa saya agar kalian semua, dikurniakan kesihatan Nikmat hidup yang baik di mana jua anda berada.
Apa khabar Iman? Apa cerita jiwa kita hari ini? Jika hari ini lebih baik dan ada anjakan kebaikannya dari hari semalam, kita berjaya memperbaiki satu rekod ‘kesihatan’ iman kita dan bertambahnya modal pahala. Dan jika kita ada sasaran untuk meningkatkannya pada hari esoknya, ayuh mulakan langkah bijak itu!
Saya baru-baru ini ( dalam minggu ke-2 Januari ini ) telah dimaklumkan oleh seorang rakan untuk menjemput saya memberikan ‘Ceramah Motivasi’ kepada pelajar! Wah! Terkejut saya dibuatnya ini. lebih terkejut lagi saya diberitahu olehnya, tajuk itu berkenaan dengan Teknik Belajar Berkesan. Tajuk besar tu kan? Saya bukannya orang yang pakar dalam memberikan ulasan berkenaan tajuk tersebut. Hehe..lain orang, lain teknik belajar nya kan.
Ada yang gunakan teknik peta minda, teknik belajar malam siang tidur, ada 1002 macam teknik lagi yang boleh diperolehi dan boleh kita kutip dari petua-petua Bijak Belajar yang telah disyorkan pakar-pakar motivasi terkenal. Saya yakin, kita semua ada pengalaman tersendiri menggunakan strategi dan teknik dalam sistem belajar.
Saya lebih suka juga agar, saya buka ruangan tajuk entri saya ini untuk sama-sama kita bincangkan, teknik apa yang sesuai untuk diaplikasikan oleh para pelajar, adik-adik remaja kita, mahasiswa tonggak negara, dan kita semua dalam mempertingkatkan lagi ilmu serta kemahiran belajar kita. Menuntut ilmu yang baik dan bermanfaat untuk semua adalah satu kerja yang sangat mulia, dan bertambah mulia lagi dengan keihklasan niat kita mendalami ilmu untuk dimanfaatkan untuk menjadi Manusia yang benar-benar bergelar Manusia!
Syukur kepada ALLAH SWT, Maha Pencipta dapat saya menulis dan menaip lagi dengan jari-jemari kurniaanNYA ini, ALLAHUAKBAR!
Nissa' Yusof said:
salam ziarah.
teknik belajar? pada zaman sekolah dahulu saya mmg suka mencari teknik belajar, tapi tak diaplikasikan=)
sewaktu diberi tips oleh seorang kenalan yang sudah berjaya, pada akhirnya dia menyebut: tips yg paling berguna adalah amalkan apa2 tips yang awak tahu!
=)
FIzaH said:
hmm…sangat2 bersetuju! tips yg berguna..
renung2kan lah, selamat beramal..!
(n_n)
fatin said:
insyallah berjaya B)
RMN said:
BARU-baru ini saya ada menulis sebuah artikel berkenaan memburu cita-cita dan teknik istiqamah dalam pembelajaran. Berikut saya paparkan hasil temuramah saya dengan seorang teman sdra Ilham Hakimi Sidik dari Institut Profesional Baitulmal. Artikel ini juga telah pun diterbitkan oleh Dewan Pelajar (dengan penyuntingan untuk kesesuaian audiens) pada keluaran bulan ini.
Harap serba sedikit dapat membantu dan relevan dengan apa yang mahu diperkatakan. terima kasih.
MEMBURU CITA-CITA : Apakah Persiapan yang Perlu?
Tidak salah memasang cita-cita yang tinggi. Malah dengan adanya cita-cita membuatkan kita akan berusaha dengan lebih tekun untuk mencapainya. Namun, setiap cita-cita yang kita inginkan haruslah berpijak di bumi yang nyata. Dengan kata lain biarlah ia satu matlamat yang realistik.
Menurut Pakar Kaunseling daripada Unit Kaunseling, Institut Profesional Baitulmall (IPB), saudara Ilham Hakimi Sidik, dalam menetapkan usaha mencapai cita-cita kita harus berpaut kepada tiga elemen asas iaitu keazaman yang tinggi, usaha yang tidak kenal jemu dan bertawakal kepada Yang Maha Mencipta.
“Sebagai seorang pelajar kita harus memiliki satu keazaman yang benar sebagai penggerak dari dalam diri. Dengan keazaman inilah kita akan melipatgandakan usaha untuk mencapai apa yang kita cita-citakan. Setelah berusaha dengan penuh keazaman maka barulah kita boleh bertawakal, iaitu berserah kepada Allah S.W.T.” kata beliau.
Tambah beliau lagi, persediaan dari aspek mental dan fizikal juga amat penting. Mental yang kuat diperlukan untuk menghadapi sebarang cabaran mendatang dalam usaha kita untuk menggapai cita-cita yang kita tetapkan. Kita juga harus konsisten dalam berusaha. Ibarat kata pepatah Melayu, jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam.
Cita-cita merupakan impian atau matlamat yang boleh dicapai yang ditetapkan oleh seseorang. Oleh itu, cita-cita haruslah satu matlamat yang mampu dicapai dan bersifat realistik.
“Biarlah kita menetapkan cita-cita kita pada tahap yang tinggi, kerana tidak ada yang mustahil dicapai dalam dunia ini selagi kita berusaha. Apabila kita meletakkan satu cita-cita yang besar maka kita juga akan meletakkan usaha yang besar untuk mencapainya,”ujar beliau.
Beliau memberikan contoh kejayaan angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muzaffar Sheikh Mustaffa yang juga bermula daripada cita-cita dan keazaman yang tinggi. Sudah tentu cita-cita dan keazaman itu bukanlah sesuatu yang kosong, malah menuntut pengorbanan yang tinggi.
Beliau menegaskan bahawa pelajar harus menetapkan matlamat jangka panjang dan pendek dalam merangka persediaan menggapai cita-cita yang dihajati. Matlamat jangka panjang sewajarnya yang boleh diukur dan dinilai pencapaiannya.
“Matlamat jangka panjang perlu melihat perancangan selepas tamat pengajian di peringkat sekolah. Juga melihat apakah arah tuju pembelajaran itu menjurus kepada impian yang dicita-citakan. Memilih institusi tertentu serta melihat keperluan sesuatu bidang pengajian juga penting,” Tegas beliau.
Selain memilih kerjaya sesuai selepas tamat pengajian kita juga harus memikirkan akan sumbangan kita kepada agama, bangsa dan negara.
Manakala matlamat jangka pendek pula bertitik tolak daripada realiti yang sedang kita hadapi. Misalnya menetapkan target sasaran dalam peperiksaan. Perancangan ini perlu selari pada landasan matlamat jangka panjang yang telah digariskan.
Seseorang pelajar sewajarnya memiliki misi dalam mengejar cita-cita. Perkara utama dalam menetapkan misi ialah mengenal pasti potensi diri sendiri. Misi penting kerana akan menjadi pemandu untuk memotivasikan diri dalam mengejar matlamat.
Menyentuh soal persediaan fizikal pula, Encik Ilham menekankan aspek amalan gaya hidup yang sihat mampu menyokong usaha untuk menggapai cita-cita yang ingin dicapai. Pengambilan pemakanan sihat, senaman yang cukup dan jadual pembelajaran yang terancang membolehkan mental bekerja dengan semaksimumnya. Pendek kata badan cergas, otak cerdas.
Tidak dinafikan dalam kehidupan seorang pelajar dan remaja khususnya, pelbagai dugaan dan cabaran akan kita hadapi. Dugaan dan cabaran ini serba sedikit boleh menjadi penghalang kepada usaha untuk mencapai cita-cita. Oleh itu, pelajar harus belajar untuk menangani pengaruh yang tidak baik melalui pemupukan disiplin yang tinggi.
“Dalam proses pembelajaran sudah tentu pelajar akan berhadapan dengan situasi turun—naik (high and low), yang pada satu ketika seolah-olah sukar untuk ditangani sehingga menimbulkan tekanan. Jadi, pelajar harus belajar menangani masalah itu.” Cadang beliau.
Ditanya tentang bagaimana untuk memupuk disiplin diri beliau mencadangkan agar melakukan beberapa perubahan kecil yang mampu dicapai kemudian barulah beralih kepada perubahan yang besar.
“Disiplin adalah sesuatu yang mudah dikata tetapi amat sukar dilaksana. Untuk memupuk disiplin memerlukan tahap komitmen yang tinggi. Kita harus melakukan sesuatu perubahan positif mengikut perancangan. Selain harus dipupuk, disiplin juga harus dibajai.
“Dalam beberapa keadaan ia harus dipaksa. Dalam kes ini pengurusan masa memainkan peranan yang penting. Selalunya melibatkan jadual terancang.”
Beliau memberikan contoh bagaimana menguruskan jadual harian sebagai seorang pelajar dengan cara menetapkan perkara-perkara yang harus dilaksanakan dalam kehidupan seharian seorang pelajar yang cemerlang. Misalnya, menetapkan tempoh masa untuk menonton televisyen, beraktiviti luar seperti bersukan dan berekreasi, masa bersama rakan-rakan dan masa belajar.
“Apabila kita sentiasa sedar dengan tuntutan jadual tersebut maka kita akan sentiasa sedar tentang tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar dan sekali gus dapat memberikan motivasi untuk kita belajar.” Terang beliau.
Kita juga digalakkan memberi ganjaran atau meraikan kejayaan yang telah dicapai dalam pengurusan tersebut. Dalam konteks kendiri adalah menghargai diri sendiri.
Akhir sekali, Encik Ilham mengesyorkan pelajar-pelajar agar mencari kekuatan dan memperbaiki kelemahan diri dalam usaha untuk menetapkan cita-cita.
“Dalam memperbaiki kelemahan diri kita harus mengenal pasti punca kegagalan atau sikap negatif kita. Di sini perlunya pandangan atau maklum balas dariada orang lain.”
Pembaikan dilakukan dengan melihat kepada punca sesuatu kegagalan atau keputusan negatif. Beliau menyarankan agar pelajar-pelajar memanfaatkan pengalaman lalu serta pemerhatian terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka sebagai panduan dan iktibar.
“Seandainya kita pernah melalui episod kejayaan dalam hidup jadikan ia peransang dan motivasi untuk kita lakukan sesuatu. Sentiasalah berfikiran positif dan melakukan sesuatu dengan perancangan.”
Beliau juga turut menyarankan agar menjadikan orang yang rapat seperti ibu bapa, atau guru-guru sebagai mentor untuk memberi pandangan pada sisi-sisi yang tidak nampak.
Memburu cita-cita memerlukan pengisian yang terancang. Baik dari sudut fizikal dan juga mental. Selain pengisian sahsiah diri yang cemerlang pelajar harus sentiasa sedar akan tanggungawab mereka sebagai seorang pelajar yang sedang memburu cita-cita.
RMN————–
http://www.tintarona.blogspot.com
CASEY ANAK NUBUN said:
setiap kata2 itu memberi sy bnyk motivasi serta maklmat yg sy perlukan utk menjalankan projek universiti sy. sememangnya,pengurusan masa yg baik memang bgs dlm mendisiplnkan diri,tapi,dlm khdpan sbgai mahasiswi ni, kdg2,jadual itu,teramatla padat sehingga xda masa utk diri. dan,jika sesuatu incident terjadi scara x sngaja smasa kita mnjlnkan jadual,apakah salah kita melanggar jadual yg kita tlah rancang trsbt? Apakah ini salah satu cabran dalam menguruskan masa dlm khdpan?
masa yang suntuk said:
erm…. target dah de, cite2 pun dah de… tp masih mencari macam mane nak study smart or care study yg mcm mane agaknye berkesan…?? hhuhuhu jawapannye study ikut mood… tp kadang2 tu kene jugk pakse diri suruh ade mood nak blaja. kalau x de mood gak… saranan baik, tido je la… abis spm kawin…
hamba_allah said:
law kwin cam na nk mkankn bini..law duit xda…nk bli susu ank pon xda…
yanie said:
erm,di sini saya cuma mahu tahu teknik belajar dengan lebih berkesan sahaja kerana pada tahun ini saya akan menghadapi peperiksaan menengah rendah(pmr)…dan di sini saya juga saya ingin sekali mendapat keputusan yang cemerlang kerana masa saya darjah 6 dulu saya selalu sangat bermain…tp tahun ini saya ingin belajar dengan lebih cemerlang…tolong la saya bagaimana cara nya untuk belajar dengan lebih berkesan dan juga bagaimana untuk menumpukan perhatian di dalam kelas..
kayrulzam said:
Salam juang kepada Adik Yanie.
Tahniah kepada kesedaran untuk lebih berjaya dalam PMR Tahun ini.
Bagaimana hendak menumpukan perhatian dalam kelas?
Jawapan mudah daripada saya ialah FOKUS.
Cuba hindari daripada hal-hal yang bermain-main dalam pemikiran dan sekeliling yang menganggu tumpuan kita. Contohnya kawan-kawan yang mengusik, cuit kiri-kanan, orang berjalan di luar kelas, teringatkan kawan di kampung dan lain-lain lagi.
Tumpuan yang baik dalam kelas, InsyaALLAH membantu anda berjaya.
Kayrulzam said:
Salam.Terima kasih kepada Adik Yanie ( Bakal calon PMR 2009 ) atas kunjungan ke blog saya ini.
Ya, setiap orang mahukan kecemerlangan dalam apa jua bidang yang diceburinya. Dalam konteks sebagai seorang calon PMR, anda juga mahukan cemerlang dan lupakan peristiwa kecundang dalam darjah 6 ( UPSR ) yang lalu.
Teknik belajar ada pelbagai. Setiap pakar atau jurubicara motivasi akan memberikan pelbagai teknik atau strategi yang disarankan sesuai untuk digunapakai dalam study kita.
Bagi diri saya, ukurkan sejauhmana Sikap Positif kita untuk ke Arah menjadi Pelajar Cemerlang. Kita berusaha mengikut kemampuan dan daya usaha yang kita miliki. Pendek kata, “Jadi Diri Kita Sendiri”. Boleh juga tiru gaya study orang-orang berjaya, tetapi Yakinlah pada diri kita sendiri yang “KITA” ada teknik belajar yang benar-benar berkesan untuk kita!
Jika kita petah bercakap, gunakan kelebihan untuk kita menyuarakan segala persoalan, apa yang tidak faham cepat-cepat bertanya kepada guru-guru dan orang di sekeliling kita.
Jika kita rajin berjalan, langkah kan kaki kita ini ke medan-medan ilmu ( perpustakaan ) , pusat-pusat tuisyen dan sebagainya.
Pendek kata, anda ada TEKNIK YANG PALING BERKESAN dalam DIRI ANDA. Cari lah ia sebelum terlambat!!
InsyaALLAH, anda juga BOLEH CEMERLANG dalam PMR 2009!
aniey said:
saya xtahu cara berkesan nak menghafal n belajar dengan berkesan….?bleh bagitahu macamne caranye?
kayrulzam said:
Terima kasih atas pertanyaan Sdri Aniey. Dan saya merasakan Sdri Aniey masih bersekolah ya?
Cara menghafal mmg banyak. Ada yang syorkan dengan cara menulis, peta minda dan sebagainya. Dengan baca, menulis dan InsyaALLAH membantu kita untuk penghafalan. Cari waktu-waktu yang sesuai dengan jiwa dan diri anda untuk mulakan penghafalan dan belajar.
Gunakan masa 24 Jam yang dianugerahkan ALLAH SWT kepada kita sebaik-baiknya. Ikuti jadual belajar yang telah anda rancangkan. Usaha yang terbaik, membuahkan hasil yang baik! Semoga anda berjaya!
alia amalina said:
assalamualaikum dr. disekolah,saya diarahkan untuk membuat folio tentang idola. saya bercadang menjadikan dr sebagai model dalam folio ini. saya telah melayari blog dr tetapi tak banyak maklumat yg diperoleh. saya harap, dr dpt memberi sedikit sebanyak tentang diri dr, sekolah dimana,apa perkembangan sekarang dan kejayaan-kejayaan dr. hopefully,dr dapat membalas dengan segera. saya disuruh hantar folio tersebut pada 2hb feb 2009.kerjasama amat dihargai..syukran.
Nizam said:
Waalaikumsalam wbt. Adik Alia Amalina. Terima kasih atas kunjungan ke blog saya ini.
Untuk pengetahuan adik Alia dan semua tamu pengunjung Nizam83.com ini. Saya bukannya bergelar seorang Doktor @ Dr. lagi. InsyaALLAH, jangka panjang tu 🙂 doakan!
Untuk adik Alia Amalina, InsyaALLAH ada tokoh2 yang lebih berpengalaman dan berkemahiran untuk disesuaikan dengan folio yang ditugaskan. Walau bagaimana pun, saya boleh membantu apa2 input yang dikehendaki untuk menjayakan folio adik Alia.
Boleh hubungi emel saya – pek_em@yahoo.com
arip said:
assalammuailaikum……smua……sye…nie….nak sngat tahu mcmaner teknik yg pling berkesan utk belajar n menghafal………….tlong r britahu sye……………….
yana said:
Assalamualikum ..
ermm .. sya ingin mengulang kaji pelajaran dan belajar. tp, pada waktu yg sma , secara tiba-tiba timbul rase malas untuk bljr.. sbgai contohnya , ble mengulang kaji pelajaran sejarah , dan bile mula shj membuat nota, sya rasa malas sgt nak sambung balik nota , sebaliknya , baca shj . tp , ble baca pulak, saya sering khayal dan kadang2 saya asyik membuat kerja yg lain .. kdg2 saya bermain-main dgn apa shj peralatan di sekeliling saya . dan seterusnya , tanpa sedar , sya dah membazirkan waktu sy . waktu yang sya rancangkn untuk mengulang kaji itu , asyik tertangguh-tangguh , dan akhirnya langsung x memberi apa2 kesan .
saya ada juga membuat jadual harian , tetapi saya tidak mengikut sepenuhnya ….
saya memang ada keinginan untuk belajar dan fokus dalam usaha untuk cemerlang , tetapi , kerap kali shj sya berasa spt yg sya tlh jelaskan td .
saya nk lulus dgn cemerlang dlm pmr kali ini , krn saya tahu saya hrpan kedua ibu bapa saya . sya teringin untuk tunjukkn kecermelangan saya kepada kedua ibu bapa saya . saya tidak mahu ulangi keputusan sya dlm upsr 3 tahun lpas , walaupun kptsn upsr saya tidak lah begitu teruk . tapi, sy ingin kn pmr kali ini spt yg saya harapkan ..
saya nk sgt tahu mcm mane tips2 belajar dgn berkesan dan jadual harian yang tepat .. tlg lah bantu sy!!!!
azie said:
exam sy lps cti ni sy bru f1 jd sy x de pnglmn exm kt sklh agama….smua org taw sklh agma kene bnyk mghfl 18 mtpljrn……..tp sy x thu bgaimna nk mghfl dgn lbh cpt & brksn dgn mse y sngkt nie…….tlg la sy
kayrulzam said:
Cuba tip-tip yang diberikan oleh Saudari NurMadihah – Pelajar terbaik SPM 2008 yang juga berasal dari Sekolah Agama!
azie said:
tlg la sy bgi tips2 nk mghfl 2
kayrulzam said:
Cara menghafal ini banyak, ada yang menggunakan dengan cara menulis dan melukis.
Kepada Adik Azie, gunakan kaedah yang bersesuaian dengan diri anda. Juga carilah masa yang sesuai seperti di awal pagi, waktu sunyi yang jauh dari gangguan kebisingan dan gangguan sekeliling.
Gunakan nota2 kecil untuk dan catatkan point-point penting tentang sesuatu tajuk. Contohnya tarikh-tarikh penting dalam peristiwa sejarah Malaysia. Senaraikan tahun dan peristiwa yang berlaku dengan secara ringkas tetapi padat. Ulang-ulang membaca sambil mengingati nya.
Bacaan yang berulangkali akan memudahkan kita untuk menghafal serta mengingatinya.
Teruskan usaha untuk memajukan diri anda!
ct zulailaa said:
sesiapa ada tips untuk berjaya atau yang dah berjaya tuu kongsi lah ngan saya
kayrulzam said:
Ya, saya juga alu-alukan sesiapa yang berjaya,boleh kongsikan tip-tip kejayaan di ruang blog saya ini. Terima kasih
eyna said:
tip2 teknil berlajar berkesan?
eyna said:
teknil berlajar berkesan?
eyna said:
sy nk tunjukkn result cemerlang dlm PMR kpd mk ayh sy..tpi mak ayah sy mcm tak beri smgt utk sy..mereka slalu beri sy tension kt uma..sy slalu wat ape je tok mereka..tpi mereka tak pnh nk pham sy..
nazrul said:
jgn stadi ketika stress! kalau stress komperm tk masuk.
lepas tu , kalau bole stadi pagi pagi .
dlm lingkungan 4 sehingga 6 pagi.
menurut pakar sains dr amerika, ketika itu otak kita berfungsi 100% berbanding dgn waktu siang dan mlm iaitu hanya sebanyak 40% sahaja.
cube la, kalau anda blaja dlm lingkungan waktu itu , comfirm bole bertahan memory tersebut slama 2 minggu tanpa membuat scara berterusan
salam .
Mijah smkm said:
Saya mempunyai masalah dalam hampir semua subjek.Saya adalah calon PMR tahun nie.Minggu depan saya akan menyertai pertandingan berbalas pantun.Bulan 5 nie kamiorang ujian.Belum study lagi ni.Macam mana nie help me!
fasya said:
saya nak tanye kepada sume owang saya nak konsi masaalah saya nie!!saya sedey sangat sebab bile saya lulus matamatik saya akan gagal sains bile saya gagal matamatik saya akan lulus sains saya sedih sangat saya rasa saya seorang yang b _ _ _ _ sangat kenape?? saya tertanya-tanya mengapa kawan saya jadi pandai tapi saya???kat sini saya tertanye-tanye mungkin ALLAH tu bagi saya dalam keistimawaan b_ _ _ _,penakut!!!!!!!tensionnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
hamba_allah said:
allah ciptakn hambanya dngan klbihan dan kkrngan..jdi law angap dri 2 b_ _ _ _…e2 bkan pncanya….org yg b_ _ _ _ ialah org yg wat keja b_ _ _ _….mgkin allah nk uji ksbran saudri…bnyak kn ingt allah agar saudri broleh kjyaan..jngan pernah ptus asa…truskn usha..bru twkal kpda allah..insyaallah smua msalah akn slsai..
hazierah said:
macam mna nk belajar dngan cara yang pling berkesan??
cara rancang jadual belajar camne?
kayrulzam said:
Hazierah – Jadual belajar boleh dibuat pelbagai cara. Ada yang buat jadual mengikut masa di awal pagi, waktu malam dan petang. Atur jadual tidakla sepadat yang mungkin. Masukkan juga jadual untuk rekreasi minda bagi menghilangkan rasa tekanan pada otak dan diri. Cadangan : Subjek pengiraan mungkin boleh dibuat jadualnya waktu malam dan subjek menghafal di awal pagi 🙂 Semoga berjaya!
izzatie said:
sy xtau mcn mana nak focus..sy dh buang segala2 benda x berfaedah dlm otak sy tp still x leh nak focus..n bla kt class sy juga kdg2 rasa mengantuk…macam mana nak elak dr mengantuk kat class??tlg lah bg tips..sy akn mengambil SPM thn dpn and sy masih x mahir dgn study sy skang..sy merupakan student aliran sains..kdg2 sy jd stress…bla dah bt mind map..2,3 ari kmdian sy akan tinggal mcm 2 jer…sy x dapat mengikuti jadual sy dgn baik..tepat and disiplin..susah lah sy mcm ini…tp sy ada semangat untk belajar..bg jer apa2 tips yg berkesan insyaALLAH sy akan cuba ikut coz jadual sy sekarang rasa macam x lengkap jer..then sy ada masalah nak kuasai bi language..kalau ada pape tip-tip..tlg send kt email sy…azzahra_muslimah@ymail.com
tolong lah sesangat yer..ia amat penting buat sy…
kayrulzam said:
Izzatie – Mengantuk?Stress?Malas? – Semua ini penyakit Pelajar. Boleh atasinya. Ada ubat daripada Cikgu-Cikgu Anda. InsyaALLAH, ada masa lakukan yang terbaik. Bentuk diri menjadi lebih disiplin dalam belajar dan kuatkan tekad bagi kejayaan SPM 2009!
sha15 said:
tlg la sye..
sejak kebelakangan niy,,pelajaran sye semakin merosot..
setahu sye..
time sye darjah lime,
sye sering mendapat nom 2 keatas..
tapi,,
time sye darjah enam pule..
pelajaran sye semakin merosot..
tlg la bg tip2 yg berkenaan,,
dh la taon nie nk UPSR..
scary2..
huhu..
tlg la..
klau adee ape2..
bg pape tips kat sye kat email yahoo sye nie,,
*shahida_bida98@yahoo.com*
kayrulzam said:
Sha15 – Teruskan belajar, buat jadual yang sesuai dengan kemampuan diri anda. Anda masih ada masa untuk lakukan yang terbaik dalam UPSR 2009! Selamat berjaya!
AMYRUL ASRAF said:
sye belajar dgn care sehari sye belajar lebih kurang 45minit…..adakah ia akn memberi kesan kpd otak sye????????sye juge belajar gdn membace shj tanpa membuat sebarang nota…………….boleh encik berikan pendapat encik ttg cre belajar sye
kayrulzam said:
Amyrul Asraf – Bagus belajar setiap hari,teruskan rutin jadual belajar anda dengan baik. Tempoh 45minit pun mencukupi jika anda menggunakan masa dengan maksima yang mungkin. Berikan tumpuan sepenuhnya semasa anda belajar. Buatlah nota sedikit untuk membantu anda mengingat serta menghafal fakta-fakta, atau formula penting.Selamat berjaya!
norieyrieya said:
bagi sy teknik blajar awk simple……….mybe awk blh d kategorikan sbgai geneus………..klu sy………….blik skulh……….buat homework….mlm……study.mybe 3 jam………ape komen awk/??????????
Nizam said:
Ya, Norieyrieya. Maksud tempoh yang singkat 45minit mungkin untuk subjek2 yang memerlukan satu tempoh ulangkaji yang ringkas. Masing-masing ada kekuatan. Tempoh 1-2 jam mencukupi untuk membuat latihan tubi pengiraan, nota2 ringkas, dan sebagainya.
Buat homework selepas balik sekolah, dan study waktu malam juga baik untuk dijadualkan sebaik-baiknya. Gunakan masa2 pendek, contohnya semasa menunggu bas, menunggu loceng berbunyi, beratur membeli makanan di kantin, berada di dalam bas – ulang2 nota yang telah anda siapkan!.
Kerja2 study yang berulang dapat mengukuhkan dan memantapkan daya ingatan serta hafalan anda. Kerja pengiraan contohnya Matematik,, jika dibuat berulang2 akan dapat memahirkan kita menjawab pelbagai jenis soalan!
Teruskan usaha anda! Semoga kejayaan diperolehi.
manusia said:
sy ingin tahu cara belajar cepat dalam tempoh masa sebulan… bagaimana?
tlg lah sy ini yg baru sahaja sedar dalam di lema.. subjek yg saya ambil seperti prinsip akaun add math.. dan semua nya subjek yg sukar… tlg la saya bagaimana untuk belajar dalam masa sebulan,. sekurang2nya biar la lulus spm sahaja…
qalesya said:
SALAM….DALAM MASE SEBULAN????BANYAK YG KAMU BOLE LAKUKAN…SAYE SYORKAN..KAMU KUASAI..SOALAN KERTAS DUA..PRINSIP AKAUN…CUKUP TUE MASE..UTK KUASAI…DOKUMEN,LEJAR,BUKU TUNAI N PENYATA KEWANGAN…ABOUT PAPER 1…CUBE TRY..BACE NOTA2….INSYAALLAH..KAMU BLE BETUL AT LEAST…30 SOALAN…BOLE TUE..ADD M3????HURM..KAMU BUAT BYK2 LATIHAN…BUAT SOALAN-SOALAN SPM YG LALU…DETECT BAB YG POPULAR….INSYAALLAH..BOLEH…LASTLY….JDKAN SOLAT TAHAJUD N PUASE SUNAT SEBAGAI AMALAN..BKN TUE…JE…BANYAK LG AMALAN LAEN BOLE KAMU LAKUKAN…MANE TAW..DGN SUME NIE..KEJAYAAN AKAN BAKAL KAMU KECAPI…PERCAYALAH..ALLAH TUE MAHA MENHGASIHANI,MAHA ADIL N MAHA MEMAHAMI…OKAY….GUD LUCKZ IN SPM…DO IT 4 ALLAH ONLY…TRY YOUR BEST 4 ALLAH…AMIN…WASSALAM…..
kayrulzam said:
Selamat berjaya dalam UPSR dan selepas UPSR nanti.
raimi aqqidah bt ramlee said:
saya tak berapa minat math tpisye nk b’jaya
Kayrulzam said:
Raimi – tips untuk minat math-buat kira2, setiap hari..jgn tinggalkan latihan math setiap hari, anda akan berminat dengan apa jua kiraan matematik!
wanie said:
sy susah utk mnghafal dan memhami subjek sej, math, sc n b.arab. .
sy clon pmr 2010. .
bley tlg brikan teknik2 yg b’ksan???
muhammad syazwan said:
maklummat yang tepat…
muhammad syazwan said:
nak join..
muhammad syazwan said:
makllumat yang tepat
@_z!m3 said:
salam kenalan.saya sering mengantuk di dlm kls dan apabila mengulangkaji di rumah pown sy rse mengantuk tp klu tgk tv x ngantuk lak
suah nk ingat apa yg diajar(sering lupa)
hamba-yang lemah said:
saya memang malas nak belajar kecuali kalau peperiksaan..bila cikgu mengajar saya akan tengok mood saya sama ada saya akan nak belajar atau sebaliknye…saya ingin kan pelajaran saya dalam peperiksaan nanti akn mendapat tempat yang terbaik….insya-allah….
tlong lah kalau sesiapa yang sudi bantu saya…..
farah . said:
saya .calon pmr thun 2010..shingg blan 6 sya msih lalai.jd sy trfikir untuk brubah.krana pd aslnya sy seorg pljar yg sgt cemerlang..masih ada masa lagi keh??
ju2w3en said:
saya menghadapi masalah dalam mata pelajaran arab n sya bnyk ketngln mata pelajarn pnting pda taun niey………
sterssssssssssss ase…..arhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!
da larh bnyak mte peljar yg prlu sya hfal……..
oral ta lme da….sya ta thu cra na menghfal n beljr dgn berkesan n untop mudh mengngti dengn lebih lma…..
makluk_allah said:
salam………sye nk tanya macam mana nk bljr kalau kita teringat akan sesuatu…….. sbb….. sye nie baru je masuk asrama n form 1 sbb tuu sye miss dekat rumah,yg menyebabkan sye rasa malas nk bljr n x fokus dlm pelajaran………..tapi….sye terpikir kalau sye x bljr pasti ibu n bapa sye kecewa……………sye tak nk tinggal asrama sbb sye x biasa jauh dgn ibu n bapa sye ….. macam mana nieeeeeeeee…………tlg bagi tip n nasihat dekat saye……………….sye x tahu nk wak peeeeeeeeeee……………PLEASE HELP MEEEEEEEEE…………………..
nur fatin izzati said:
Kepala saya sekarang hampir nak pecah memikirkan pelajaran.Semakin hari,semakin dekat hari nak ujian,makin lupa lah kesemuanya.
aila syuhaila said:
lagi seminggu saya akan berada di form5 and saya sgt risau jika masa silam saya mengganggu pelajaran saya.kalau boleh bantu lah saya untuk berani menghadapi segala liku-liku hidup sebagai pelajar spm 2012.saya juga ingin mengecapi kejayaan untuk diri sendiri seperti keluarga yg lain.semua petua menjadi pelajar cemerlang sgt berguna dan dapat membantu dlm proses belajar sendiri.
kq.skinah said:
mse silam tu biarkn ia berlalu pergi klu adik aila asik memandang ke belakang,percayalah mata adik akn tertutup utk melihat mse depan yang cerah jdikn ia sbagi satu pendorong semangt bukannye penghalang,bykknla berdoa padaNya spya adik dimudhkn dlm pelajarn,hormti guru,parent n org sekeliling ye sbb kejayaan ssorang brgntung pd doa org disekililingnye juga,.focus dlm kelas itu penting..yesterday is history,tomorrow is mystery..but today is reality.,gunakn mse sbaiknya INSYALLAH adik bole berjaye;-)
nizar said:
bolehkah tuan mengajar saya dalam semua matapelajaran
azwanie95 said:
sekarang sy dah mula belajar di uitm..tp tiap kali ad kelas untuk matapelajaran bi..sy selalu rasa takot..saya sentiasa rendah diri dengan budak2 yang pandai bi ni..sy x tau cmne nk buang perasaan takot ni sebab saya memg tak pandai bi..bolah x bagi tips utk sy hilangkan takot n bg saya rasa mint pada matapelajaran ni..macam mane nak belajar bi drpd internet?
maznah binti mali said:
Asalammualaikum..sya pelajar tingkatan 5 psv dari sabah,.sya tidak memberi komen ttpi sya ingin bertnya ttng pembelajaran sya…makin dkat bulan spm makin malas sya mw mengulangkaji pdahal hati sya btl2 bertekad mw belajr .bole tlg sya dlm pelajrn ?sya btl2 mw berbh dmi masa dpan sya