Salam hormat dari saya buat anda semua, apa khabar rakan-rakan?Saudara saudari ku semua? Doa saya agar kalian semua, dikurniakan kesihatan Nikmat hidup yang baik di mana jua anda berada.

Apa khabar Iman? Apa cerita jiwa kita hari ini? Jika hari ini lebih baik dan ada anjakan kebaikannya dari hari semalam, kita berjaya memperbaiki satu rekod ‘kesihatan’ iman kita dan bertambahnya modal pahala. Dan jika kita ada sasaran untuk meningkatkannya pada hari esoknya, ayuh mulakan langkah bijak itu!

Saya baru-baru ini ( dalam minggu ke-2 Januari ini ) telah dimaklumkan oleh seorang rakan untuk menjemput saya memberikan ‘Ceramah Motivasi’ kepada pelajar! Wah! Terkejut saya dibuatnya ini. lebih terkejut lagi saya diberitahu olehnya, tajuk itu berkenaan dengan Teknik Belajar Berkesan. Tajuk besar tu kan? Saya bukannya orang yang pakar dalam memberikan ulasan berkenaan tajuk tersebut. Hehe..lain orang, lain teknik belajar nya kan.

Ada yang gunakan teknik peta minda, teknik belajar malam siang tidur, ada 1002 macam teknik lagi yang boleh diperolehi dan boleh kita kutip dari petua-petua Bijak Belajar yang telah disyorkan pakar-pakar motivasi terkenal. Saya yakin, kita semua ada pengalaman tersendiri menggunakan strategi dan teknik dalam sistem belajar.

Saya lebih suka juga agar, saya buka ruangan tajuk entri saya ini untuk sama-sama kita bincangkan, teknik apa yang sesuai untuk diaplikasikan oleh para pelajar, adik-adik remaja kita, mahasiswa tonggak negara, dan kita semua dalam mempertingkatkan lagi ilmu serta kemahiran belajar kita. Menuntut ilmu yang baik dan bermanfaat untuk semua adalah satu kerja yang sangat mulia, dan bertambah mulia lagi dengan keihklasan niat kita mendalami ilmu untuk dimanfaatkan untuk menjadi Manusia yang benar-benar bergelar Manusia!

Syukur kepada ALLAH SWT, Maha Pencipta dapat saya menulis dan menaip lagi dengan jari-jemari kurniaanNYA ini, ALLAHUAKBAR!

Advertisements