Salam perpaduan penuh kasih sayang buat semua pelayar budiman, rakan taulan, sahabatku semua;

Masih tidak terlewat lagi di hari ke-3 2008 ini, saya mengucapkan selamat memasuki satu lagi jendela baru dunia fana ini. Tahun 2008 disambut dengan pelbagai acara, macam-macam aktiviti, 1010 macam pe’el manusia meraikan kedatangannya. Bunga api percikan warna-warninya mewarnainya ruang angkasa langit bila detik 12 malam 1 Januari 2008 mengetuk pintu tabir 2007 yang telah kita tinggalkan. Pelbagai warna-warni kehidupan telah kita lalui sekitar tahun 2007 yang lalu. Rasanya, tak perlu saya taipkan dan ulangi dalam penulisan saya kali ini.

2008-kini sudah mulakan kalendarnya. Koyakkan kalendar 2007, simpan cebisan-cebisannya dengan sebaiknya, Diari 2007? ada yang penuh, ada masih belum tertulis apa-apa, sekadar tulis no telefon rakan taulan🙂 datang sudah Diari 2008, jom kita ‘penuhkan’ dan ‘hebohkan’ diri kita, dan didoakan agenda diri kita ini akan mendapat ‘kedudukan’ terbaik daripada-NYA. Takut diri ini bila mana mengenangkan perjalanan 2007 tidak banyak menyumbang kepada ‘kerja-kerja’ pembangunan Ummah! InsyaALLAH..dengan izinNYA ku memohon, agar diri ini diberikan peluang semampunya untuk terus ‘buat kerja’ dan ‘perniagaan’ yang mendapat keuntungan yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T. Diri ini mengajak “Diri saya” yang utamanya untuk menjadikan 2008 dan 1429Hijriah ini satu bingkai kehidupan yang dapat memberikan gambaran yang menarik untuk kita kenangi bersama!