Bagaimana kerja dan pekerjaan anda sekarang? Adakah anda rasa Selamat? Tidak Selamat? MerBAHAYA atau tidak? Jika Selamat boleh kita kongsikan apa yang dikatakan betul-betul Selamat itu dalam bidang pekerjaan anda. Saya ingin berkongsi dengan saudara, saudari sekalian semua tentan aspek Keselamatan Dalam Pekerjaan.

Tuan-tuan, saudara,saudari yang dihormati;

Aspek keselamatan ini menjadi perkara penting bila kita berhadapan dengan sesuatu kerja dan tugas. Secara ringkasnya jika anda ingin berkongsi pengalaman ataupun bertukar pandangan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini, boleh emelkan kepada saya secara terus. Saya juga ingin menambah ilmu berkaitan SAFETY ini kerana ia adalah tanggungjawab saya juga untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak didikan saya di institusi pengajian.

Faktor keselamatan bukan hanya kita ambil tahu di tempat kerja sahaja. Bagaimana pula di rumah kita? Adakah kita saja buat-buat TAK TAHU mengenainya ? Lihat saja pelbagai berita dan tragedi yang berkait rapat dengan keselamatan contohnya kebakaran, kemalangan, lemas, renjatan elektrik, keracunan, cirit-birit, sesak nafas, tercekik tulang ikan dan 1002 macam lagi tragedi dari aspek keselamatan yang kurang diambil perhatian dan kurangny keperihatinan kita dalam mengenal aspek-aspek SAFETY ini.

Saya merasakan tajuk SAFETY ini boleh kita bincang dan terus bincang dari semasa ke semasa dalam apa juga medium yang ada. Bukan sekadar hanya di alam maya, tapi realitinya hendaklah ada. Bersama kita menjadikan aspek SAFETY ini dengan baik dan dapat kita hayati bersama.

Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini saya telah menyertai satu kursus berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu “Occupational Safety And Health Administration (OSHA ) yang bertempat di Pulau Pinang selama 2 hari. Terima kasih yang dan penghargaan kepada pihak penganjur Kolej Komuniti Bayan Baru dan MAPIS Consultancy yang telah berusaha menjayakan kursus berkenaan.Semoga perkongsian ilmu tersebut dapat kita manfaat kan bersama.

p/s : Saya agak sibuk 2-3 minggu ini kerana bertugas bagi melancarkan perjalanan musim peperiksaan akhir pelajar di institusi pengajian saya. Harap maklum.