Bourne Ultimatum

Saudara saudari sekalian, sudahkah anda menonton filem-filem aksi penuh lasak ” Matt Damon “? Saya sebenarnya baru sahaja menonton filem terbaru penampilannya iaitu “The Bourne Ultimatum” . Filem kesinambungan Bourne Identity dan Bourne Supermacy. Saya pun baru menonton semula 2 siri filem berkenaan. Catatan ini saya nukilkan seba sedikit apa input yang boleh kita ceduk daripada filem menarik berkenaan.

Apa yang dapat saya lihat dari kacamata dan mata kurniaan ALLAH SWT ini ialah betapa pentingnya “Kemahiran Komunikasi Berkesan”. Dalam filem ini bermakna ada terselit 3 komponen utama dalam komunikasi iaitu “Pengirim-Jason Bourne contohnya memberi Mesej-Maklumat melalui telefon bimbitnya kepada si Penerima – wartawan untuk satu pertemuan. Jika komunikasi lemah antara satu pihak dengan pihak yang lain, maka banyak masalah akan wujud, dalam filem ini, si penembak tepat telah berjaya mejalankan tugasnya dengan satu peluru yang tepat kepada si wartawan, Dead!

Dari segi fakta dan data yang saya perolehi daripada satu kursus berkenaan Komunikasi Berkesan ini ialah “Kita hanya memberi perhatian kepada 25% daripada yang kita dengari serta hanya mengingati 50% yang didengari dan hanya 25% selepas 2 bulan“.Hmm betul ke?..Boleh cuba ujian ke atas diri. Manusia menghabiskan sebanyak 70%  masa jaganya dengan berkomunikasi dengan orang lain-membaca, menulis,bercakap, mendengar. Maka dengan tiadanya komunikasi, perhubungan tidak akan wujud! Dengan adanya komunikasi yang berkesan ini, segala perkongsian idea dari A To Z dapat diterjemahkan dan diselesaikan. Beberapa halangan dalam komunikasi berkesan juga ada antaranya “Ketepuan maklumat yang menyebabkan si penerima gagal menumpukan apa maklumat yang penting “. Ini juga berlaku dalam cerita Bourne ini, apabila si penerima maklumat tidak memahami atau berada dalam keadaan yang tertekan, maka penumpuan kepada maklumat (mesej) penting menggagalkan dia!

Di sini saya lampirkan dahulu 10 Tips dalam Komunikasi Berkesan untuk kita kongsikan bersama :

  1. Anda sendiri perlu JELAS dengan idea yang mahu disampaikan. Jika anda sendiri TAK PAHAM, bagaimana hendak memahami orang lain?

  2. Anda perlu mengambil kira SETTING ( Sosial, Budaya,Fizikal ). Jangan main hentam saja!

  3. Anda mintalah pandangan ORANG LAIN bila merancang untuk berkomunikasi. Kena ada Open 2-Way Communication.

  4. Anda gunakan BODY LANGUAGE  yang sesuai mengikut Setting yang betul. Jangan Over-Acting pulak tau!

  5. Anda gunakan kemahiran GERAKAN BADAN seperti kontek mata, tunduk, ke depan, anggukan kepala. Semuanya untuk galakkan komunikasi berjalan menarik!

  6. Anda jadilah PENDENGAR yang baik. Tumpuan sepenuhnya apa yang dibincangkan. Jangan berkhayal, terbang ke lain!

  7. Anda berFIKIRAN terbuka mengenai apa yang diperkatakan pasangan komunikasi anda. Jangan terus tutup mood perhubungan.

  8. Anda perlu mengELAK membuat raptai komen semasa orang lain sedang menyampaikan mesej. Kosongkan minda, dengar dulu apa mesej yang nak disampaikan!

  9. Anda perlu SAHkan kefahaman anda.

  10. Anda perlu ELAKkan memonopoli perbualan.

Baiklah, saudara saudari tetamu sekalian, rasanya 10 tips berguna ini mungkin mampu membantu anda mendapatkan satu komunikasi yang berkesan dengan pihak yang anda berhubungan. Sebenarnya ada lagi tambahan 10 tips untuk dikongsikan, mungkin di catatan akan datang akan saya lampirkan di sini. Pada yang belum lagi menonton siri-siri Jason Bourne ini, cepat dapatkan yang Original dan OK tau:) !