kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar

Dunia Ini ibarat pentas lakonan, Manusia itulah pengarah dan pelakonnya, Al-Quran dan As-Sunnah itulah skipnya, Malaikat itulah jurugambarnya, Islam itu jalan ceritanya, Kiamat itulah kesudahan pengambarannya, Padang masyhar tempat penganugerahannya, Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya, ALLAH S.W.T adalah hakimnya, Syurga atau Neraka adalah trofinya.

Salam hormat buat anda semua, rakan tetamu sekalian, sudah lama saya bercuti untuk ‘berhari raya’, menikmati lemang dan ketupat, nasi himpit dan kuah kacang. Macam-macam ada di hari lebaran mulia yang kita sambut. Tak habis round satu kampung dibuatnya. Dalam kemeriahan kita menyambut syawal, pelbagai cerita suka dan duka dapat kita lihat dan dengari. Tak kira la sama ada di jalan raya, jalan laut sehingga melepasi bumi di angkasa raya. Semuanya ada tinggalan nota-nota kenangan yang menjadi memori abadi kita semua.

Saudara saudari sekalian,

“Kehidupan ini perlu ditentukan arahnya. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya adalah kehidupan yang tidak tentu arah”, petikan kata-kata dari seorang sahabat. Sepanjang Ramadhan lalu, kita melalui pelbagai dugaan, cabaran dan amalan. Saya menasihati dan menginati diri ini juga, untuk tidak jadikan semua yang kita lalui semasa ramadhan lalu hanyalah ‘lakonan’ semata-mata!

Ya Allah! Tolonglah kami supaya ingat kepadaMu, syukur kepadaMu dan elok ibadah kepadaMu.

Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.

(Doa selepas solat, boleh rujuk di sini )

Saya kongsikan sedikit bual bicara kita di alam maya ini dengan lirik lagu dari kumpulan Raihan seperti di bawah ini :

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu Syukur ku
hanyalah milik Mu

Bersama-sama kita hayati lirik lagu ini yang mempunyai isi yang amat baik untuk kita terokai jiwa dan iman kita!

Kita sambung bicara di lain masa ya? Sampai di sini dulu coretan dari saya, hingga bertemu untuk entri yang lain.