Kubur

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan
Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara

Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri
Janganlah mahu di sanjung sanjung
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung
Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

Tetamu semua, di atas ini adalah satu lirik lagu nasyid yang kita pernah dengari sama ada secara sengaja atau tidak. Soalnya bukan itu yang hendak saya kupaskan dalam entri pada kali ini. Mari kita hayati kata-kata penuh tersirat dan tersurat dalam lirik lagu berkenaan. Ya, sudah tentunya menyentuh soalan keMATIan.

Semoga kemuliaan Ramadhan dan kesempatan yang kita gunakan untuk beribadat dalam bulan indah ini menjadi titik tolak satu persediaan kita untuk menghadapi saat-saat akhir kehidupan kita di dunia ini. Insafi diri sebenar-benarnya dan ‘post-mortem’ sentiasa tahap keimanan dan ketaqwaan kita pada ALLAH S.W.T. Saya menasihatkan diri saya juga yang banyak kesalahan, kealpaan dan kelalaian in untuk membawa satu ‘pembersihan jiwa’ yang sebaik-baiknya melalui pentarbiyahan dalam Ramadhan mulia ini.

Syawal bakal menjelang, suasana hari raya dan paling indah ialah hari kemenangan untuk kita yang menjalani ‘modul Ramadhan’ ini. Adakah Ramadhan kali ini yang terakhir buat kita? Atau ia bakal kita temui lagi untuk tahun hadapan? Tiada sesiapa dapat menjawab persoalan dan jawapan yang menjadi milik Allah Maha Kuasa!