Tetamu sekalian, hari ini diri ingin berkongsi satu entri yang saya mohon keizinan dari “tuan punya” entri untuk mengambilnya sebagai rujukan kita bersama. Terima kasih buat sahabat ku itu. Di bawah ini adalah entri berkenaan yang saya ingin kongsikan.

——————————————————————————————

Objektif Latihan:
Bina Diri – Menjadi manusia bertaqwa – Menjunjung segala perintah-Nya, menjauhi segala larangan-Nya
Nama Kem: Kem Latihan Ramadhan al-Mubarak
Tempoh: 30 hari

Modul:

  1. Tak makan dan taki minum bermula Subuh hingga Maghrib

  2. Menahan dari berkata kesat, mengumpat, maki hamun dsb.

  3. Menahan dari melihat perkara yang menjolok mata (paham-paham je la eks)

  4. Tidak melangkahkan kaki ke tempat yang mendatangkan dosa

  5. Sentiasa berfikir untuk melakukan kebaikan.

Aktiviti menarik:

  1. Tadarus al-Qur’an

  2. Solat terawih

  3. Qiamullail

  4. Sedekah

  5. Zikir munajat

Kelebihan Kem Latihan ini;

  1. Malam lailatul Qadar: Jika beribadat pada malam ini ganjarannya umpama beribadah selama 1000 bulan non-stop!!!

  2. Pahala berlipat kali ganda pada setiap amalan kebaikan

  3. Pintu syurga dibuka

  4. Pintu neraka ditutup

  5. Syaitan dibelenggu dari menyerap masuk ke dalam manusia

Jurulatih: Allah SWT
Panduan: al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW
Latihan Ini sesuai untuk: Semua Muslim tidak kira jawatan, pangkat, umur, kaum dan bangsa.

Yuran: PERCUMA!!! PERCUMA!!! PERCUMA!!

——————————————————————————————

Tetamu ziarah sekalian,

Nabi Muhammad S.A.W. adalah insan paling berjaya dalam menjayakan misi dan visinya.  Bila kedengaran lagu “Nabi Anak Yatim” dendangan abang-abang Raihan sayu hati ini menghayatinya. Dialah “Kekasih Allah” yang paling dicintai. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat Jahiliyah yang penuh dengan mehnah dan tribulasi yang amat dashyat. Visi dan Misi baginda dalam merealisasikan perintah dan suruhan Yang Maha Esa, ALLAH S.W.T. perlulah kita teladani.

Diri ini mengajak semua tetamu ziarah yang budiman, melihat kembali sejarah kegemilangan kepemimpinan Nabi Muhammad S.A.W. Diri ini juga banyak lagi yang belum diterokai dah dihadami dalam kehidupan sebagai Hamba-Nya Yang Maha Pencipta!. Justeru, sama-sama kita memperbaiki dan merombak rawat diri dalam menjayakan Misi, dan Visi kita sebagai manusia yang dihidupkan oleh ALLAH S.W.T. di muka bumi ini.

Kita tidak tahu adakah Misi dan Visi kita bakal menjayakan matlamat yang kita inginkan iaitu Syurga Firdausi. Saya berkongsi sedikit isi dalam kupasan ilmu buku tulisan Dr. Danial Zainal Abidin, “7 Formula Individu Cemerlang” iaitu :

“Sebenarnya visi yang dijiwai menjadikan saudara seperti ikan di laut. Walaupun air di sekelilinya masin, tetapi rasa masin tidak mampu menyerap masuk ke dalam ikan”. Inilah petikan yang ringkas tetapi pemahaman makna yang begitu mendalam buat kita semua. Dalam situasi hari ini, dengan pelbagai kecanggihan warna-warni gaya hidup masyarakat, kita perlu bijak mengatur visi dan misi kita. Awasi diri, hiasi peribadi, tingkatkan ketaqwaan diri, dalam melayari hidup ini menuju akhirat yang abadi!

Salam Ramadhan yang mulia.