Mr.Syaitan

“Mr.Syaitan sentiasa mencari peluang”

Salam tautan mahabbah buat semua pengunjung “nizam83.wordpress.com” ini.Hari ini diri ini, ingin berkongsi sedikit wacana ilmu dah beberapa kupasan ilmiah melalui satu buku bacaan yang saya perolehi.

Diri ini ingin bersama-sama semua, meneliti satu buku iaitu 7 Formula Individu Cemerlang tulisan Dr. Danial Zainal Abidin yang suda terjual melebihi 15,000 naskah! Yang pastinya saya merasakan ia satu bahan bacaan yang patut dimiliki oleh ‘mereka yang tidak mahu menjadi seperti dinasour yang pupus semasa dunia berubah

Diri ini amat tertarik untuk berkonsgsi pengalaman pembacaan dari awal mengenai buku ini. Apa yang digambarkan pada awal mukadimah buku ini ialah tentang keunggulan dan keagungan tamadun Islam dan umatnya sendiri. Kita adalah umat yang hebat! Saya memetik pernyataan di dalam mukadimah berkenaan satu kenyataan A.M.Lothrop Stoddard di dalam “The New World Of Islam” yang mana ia mengatakan “kebangkitan Islam adalah episod yang paling mengagumkan dalam sejarah manusia”.  Banyak kejayaan-kejayaan dan penemuan sains dan teknologi dimulai dengan orang Islam yang berjaya menemukannya.

Tetamu ziarah yang dirahmati ALLAH S.W.T;

Diri ini ingin kongsikan satu tajuk yang saya telaah dalam buku berkenaan mengenai unsur-unsur yang membantu kecemerlangan diri kita. Aspek cemerlang ini perlu dibantu dengan ‘perisai’ yang kuat daripada tipu daya syaitan. Tipu, kata-kata, tanyangan-tanyangan syaitan ini perlu kita kenali dan diawasi kerana Mr.Syaitan ini sentiasa dan tidak jemu-jemu mencari peluang dan kesempatan menyerang, merosakkan, mengganas,merompak hati-hati kita yang bergelar manusia.

Berdasarkan huraian dalam buku berkenaan, dinyatakan pandangan Imam Ghazali, antara pintu laluan yang digunakan syaitan adalah seperti perasaan marah, nafsu syahwat,tamak, dengki, kenyang dan beberapa lagi laluan mudah untuk Mr.Syaitan jejaki.

Diri ini mengambil kesempatan dan ruang yang ada dalam bulan Ramadhan ini, mengajak diri ini dan tetamu ziarah sekalian agar kita sama-sama menggilap hati supaya ia terus menyinari jiwa dan ruh kita. Salah satu penyataan di dalam buku bekenaan mengenai kata-kata ingatan Ibrahim Adham, di antara 8 perkara yang mematikan hati ialah satu daripadanya ; Membaca Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhannya.

Diri ini amat risau dan takut, gentar bila mana melihat, membaca dan mentafsir kata-kata tersebut. Jauh di dalam hati ini mengatakan diri ini masih belum melaksanakan 8 perkara tersebut dengan seriusnya! Aduh, sedih, kecewa sekali. Semoga dengan sedikit kupasan dan perkongsian ilmu yang saya perolehi ini dapat kita iltizamkan diri kita untuk menjadi umat yang benar-benar cemerlang di dunia dan di akhirat!

p/s : Dapatkan segera buku 7 Formula Individu Cemerlang – Dr. Danial Zainal Abidin di semua kedai-kedai buku pilihan!