Tetamu ziarah sekalian, bila mana menyebut istilah generasi muda ini saya suka untuk mengatakan pelbagai topik berkenaan dengannya. Ia sedikit sebanyak berkaitan dengan perjalanan hidup saya semasa bergelar sebagai murid, pelajar, mahasiswa dan pekerja. Saya juga tergolong dalam generasi yang diperkatakan ini. Generasi muda terutamanya golongan belia, acap kali kita mendengar pelbagai komentar berkenaan golongan penting sesebuah tamadun bangsa dan warisan agama ini.

Generasi muda, belia, remaja, anak-anak kecil inilah muka-muka yang bakal mewarnai hitam putih kepemimpinan negara di masa akan datang. Pelbagai program dan aktiviti direncanakan pelbagai pihak bagi menjaga satu aset berharga bagi negara ini. Program Khidmat Negara, Program Jatidiri Kesukarelawan, Khidmat Bakti Mahasiswa, Rakan Muda, Pemantapan Modal Insan dan 1010 macam lagi agenda khas dijalankan kepada golongan belia muda kita dari dulu,kini dan akan datang.

Generasi muda inilah yang paling seronok, melonjak gembira tatkala bergemanya laungan Merdeka!Merdeka!Merdeka! setiap kali 31 Ogos membuka tirainya. Kemerdekaan negara yang kita raikan selama 5o tahun ini memberikan kita semua satu tugas yang amat berat iaitu untuk ‘mempertahankan kemerdekaan’ yang sudah dikecapi ini. Jatidiri dan akhlak kita perlu kawal sebaik-baiknya dengan acuan sebenar sebagai insan yang menumpang di dunia milik Allah S.W.T ini.

Semoga entri serba ringkas ini dapat memberi satu impak yang maksima buat kita semua untuk lebih berhati-hati dalam mengatur langkah!