Chelsea The Blues

SATU lagi era baru bakal bermula di Stamford Bridge, minggu ini, susulan pemergian pengurus kontroversinya, Jose Mourinho yang meninggalkan kelab itu, Rabu lalu.Kini, semua tanggungjawab, tumpuan serta kritikan yang pernah dipikul Mourinho beralih tangan ke Avram Grant (gambar), kelmarin, selepas bekas pengarah bola sepak Chelsea itu disahkan statusnya bagi membawa Chelsea meneruskan saingan musim ini.Tanpa berlengah, Grant, 52, hadir ke sesi latihan pertamanya bersama pemain, Jumaat lalu, sambil ditemani Steve Clarke yang kekal dengan peranannya sebagai penolong pengurus Chelsea. Pemilik Chelsea, Roman Abramovich yang turut hadir dalam sesi itu tidak henti memuji Grant yang disifatkannya “cekap, berpandangan jauh dan bijak mengembalikan mood pemain meskipun seri dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, Selasa lalu.”

Petikan akhbar bekenaan saya copy dari laman web Harian Metro. Berkenaan isu pemergian Jose Mourinho dan kedatangan Avram Grant ke kelab elit EPL Chelsea untuk menyambung tugasan penting bagi musim 2007/2008 ini. Tugasan yang paling awal untuk Grant tentunya berhadapan dengan skuad Sir Alex Ferguson di Old Trafford.

Malam tadi saya juga berkesempatan untuk menyaksikan satu pertembungan hebat kedua-dua pasukan yang bermusuh ketat ini. Nasib malang Chelsea seakan-akan semacam episod drama Samarinda dalam perlawanan malam tadi. Setelah John Obi Mikel dilayangkan kad merah setelah mengasari Evra, gol pertama Carlos Tevez di saat akhir masa tambahan separuh masa pertama menyemarakkan lagi semangat juang Red Devils untuk membenam skuad bimbingan Grant yang tempang tanpa beberapa taring utama.

Percaturan Grant sekali lagi memakan diri, kembalinya Luis Saha sebagai penyerang digeruni dalam EPL menjadikan The Blues terus dirundung kecewa di Old Trafford. Sepakan penaltinya pada minit akhir perlawanan menjadikan kedudukan mutlak di Old Trafford 2-0 tanpa pindaan.

Sekian dulu, komentar dari meja sukan EPL untuk tatapan bersama. Semoga roh perjuangan Jose Mourinho masih ada dalam The Blues untuk meneruskan langkahan mereka dalam Liga Perdana Inggeris dan juga Liga Juara-Juara Eropah.