Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Ramadan tiba maka pintu syurga akan dibukakan dan pintu neraka akan ditutup serta syaitan akan dibelenggu.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Buat tetamu pelayar setia blog ini, diri ini ingin mengajak agar kita sama-sama terus beriltizam dan istiqamah dalam bulan Ramadhan indah ini. Siang malam silih berganti, kini kita semua telah memasuki langkah ke dalam fasa ke-2 Eid Mubarak ini. Tahniah buat diri kita semua, kerana berjaya meneruskan perjuangan ini. Namun, sejauh mana perjuangan sebenar kita dalam menghayati sebenar-benarnya erti Puasa?

Saya memberikan tamparan persoalan ini juga kepada diri ini untuk sama-sama menghayati, mendalami dan mentafsir sebenar-benarnya apa ertinya Puasa dalam diri. Hari semalam, terdetik hati saya bila mana melihat jauh ke dalam diri ini, masih belum mencapai ‘Key Performance Indicator’ (KPI) diri untuk Ramadhan kali ini.

Semoga dengan ringkasan muhasabah diri di pagi ceria 12 Ramadan 1428H ini menjadi titik tolak kepada kita untuk sama-sama mengimarahkan Madrasah Ramadhan ini dengan suasana yang penuh bahagia.