Syukur Atas Segalanya!

Posted in Semasa on Ogos 11, 2009 by kayrulzam

Alhamdulillah, atas segalanya. Maha Kuasa ALLAH SWT. Saya kembali aktifkan semula ruangan maya di Nizam83 ini. Semoga kalian, tetamu ziarah sekalian dapat berkongsi rasa dan berkongsi ruang untuk sama-sama meningkatkan iman dan ketakwaan kita pada-NYA!

Pada 12 Jun 2009 bersamaan 18 Jamadilakhir 1430H  saya sudah menukar status “bujang” ke “berdua” hehe.:) Semoga dengan adanya orang baru dalam hidup ini dapat sama-sama membantu, berganding bahu,mencetus rasa, membina hati dan terus dalam landasan mengarab rasa keimanan yang teguh dalam agama ALLAH SWT ini sebagai hambaNYA di muka dunia ini.

Akad Nikah

Doa Selamat Dan Syukur

Mas Kahwin

Sarung Cincin

Gambar Keluarga Kami

Kad Jemputan

Posted in Semasa on Jun 8, 2009 by kayrulzam

Permaisuri1

Permaisuri2

Kad Jemputan Untuk Majlis Di Sekinchan,Selangor Darul Ehsan ( Rumah Pengantin Perempuan )

 

RajaSehari2

RajaSehari1

Kad Jemputan Untuk Majlis Di Nibong Tebal, Pulau Pinang( Rumah Pengantin Lelaki)

Ikatan Pernikahan Tautan Hati

Posted in Semasa on Jun 7, 2009 by kayrulzam

Ya Allah, Ya Tuhan Kami.. Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari’atMu. Maka eratkanlah ikatannya, ya Allah. Kekalkan kemesraan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak pernah kunjung padam. Lapangkanlah hati-hati ini dengan iman dan keindahan tawakkal kepadaMu. Suburkanlah hati-hati ini dengan ma’rifat padaMu. Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan seelok-elok penolong. Ya Allah, perkenankanlah do’a kami ini. Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.

Alhamdulillah, segala pujian buatNYA yang Berkuasa atas segalanya. Saya dengan rasa penuh kehambaan padaNYA ini, menjemput saudara saudari rakan sekalian ( Ex-Sekolah Kebangsaan Seri Kerian – 1995, Ex-SMSTSSS ( SokSek ) – Batch 1996-2000, Ex-classmate Ijazah PTV KUiTTHO-UTHM 2005 Graduate, Alumni dan IPI, Kelab Iqra UTHM, rakan-rakan dalam pejabat di KK Cawangan Bandar Baharu,  KK Bandar Darulaman, Gen2.Club.com, dan serta yang mengenali diri ini.

Ke Majlis Perkahwinan – Walimatul Urus saya dan pasangan. Maklumatnya seperti berikut :

13 Jun 2009 – Rumah Pengantin Perempuan di Selangor

4 Julai 2009 – Rumah Pengantin Lelaki di Pulau Pinang

Kepada yang berkesempatan untuk hadir, saya ucapkan terima kasih dan sila lampirkan emel untuk saya terus express mel kan semua kad jemputan :)

Doakan saya ya!

Salam hormat.

H1N1+Rempit+Ragut+Macam-macam lagi

Posted in Pendidikan on Mei 13, 2009 by kayrulzam

Assalamualaikum, salam bicara.

Bertemu kembali dalam layaran maya ini.

Isu-isu semasa pelbagai, dari politiknya,ekonominya sampai virus-virus terbaru dalam dunia dan masyarakat kita.

Bersama kita tadahkan doa buat Yang Maha Kuasa. Moga diberikan kekuatan menghadapi semua dugaan dan ujian ini.

Salam kasih sayang daripada saya.

18 Jamadil Awwal 1430H

13 Mei 2009

Selamat Berjuang Buat Semua Pemimpin

Posted in Pendidikan on Mac 30, 2009 by kayrulzam

Salam juang buat semua pemimpin rakyat! Jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan sebaik-baiknya.

Kebaikan, Keadilan dan teruskan Kebajikan yang ingin dimanifestasikan!