Arkib untuk November, 2008

Blog Berehat 2 Minggu

Posted in Semasa on November 13, 2008 by kayrulzam

Assalamualaikum wbt dan Salam Hormat daripada saya.

Pihak pengurusan Nizam83.wordpress.com ingin memaklumkan bahawasanya segala aktiviti penulisan dan editor blog ini akan berhenti berehat selama 2 Minggu lebih atau kurang daripada tempoh masa tersebut kerana ada KEM dan KURSUS di Zon Utara tanahair Malaysia dan Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Sekian adalah dimaklumkan.

Kem Jati Diri

Dengar Ceramah

Zaman Shuffle La Pulak

Posted in Semasa on November 10, 2008 by kayrulzam

Salam Tautan Kasih Sayang Buat Semua:)

Saya sudah lama tak update blog ini. Hari ini ada nilai rajin untuk update setelah lama tidak aktif menulis di layar maya ini. Pagi ini saya membelek-belek sisipan muka depan akhbar Harian Metro, bertajuk “Bergasak kerana tarian”. Berita mengenai remaja anak muda kita pada hari ini yang “Mantop” dan “Bijak” menari tarian yang dikatakan menarik iaitu “Shuffle”. Saya ringkaskan kandungan berita tersebut. Tarian ini dijadikan “Lesen” untuk mereka berpeleseran sambil minum arak dan bergaduh sesama sendiri. Itu rangkaian ayat mukadimah laporan berita tersebut. Saya merasakan anda semua pasti sudah tahu dan diberitahu juga mengenai kegiatan remaja dengan tarian Shuffle ini.

Baru-baru ini juga saya berkesempatan berada di sebuah pusat membeli-belah di Pulau Pinang, dan aktiviti Shuffle ini juga dapat dilihat di sana. Remaja lengkap beruniform rasmi kumpulan Shuffle mereka dengan lambang dan identiti tersendiri. Saya pasti mereka ini semuanya masih bersekolah dan ada keluarga masing-masing. Ibu bapa saya juga tidak senang dengan suasana yang sebegitu kerana mereka remaja kita hari ini dan generasi akan datang! Tugas kita semua semakin berat untuk menyelamatkan bahtera generasi hari ini untuk sama-sama menongkah arus yang sentiasa bergelora ini.

Bukan ini sahaja isu yang menyentuh anak-anak generasi kini, banyak lagi sebenarnya yang kita tahu wujud di sekeliling kita. Semoga sama-sama kita fikirkan dan lakukan sesuatu. Rujuk juga di website ini http://urusetialandas.blogspot.com


Stress? Bagaimana Nak Buat Ya…

Posted in Semasa on November 4, 2008 by kayrulzam

Anda pernah stress? Mengalami tekanan kerja atau sebagainya? Juga kepada yang bakal menghadapi exam dan dan juga apa-apa yang membuatkan jiwa anda mengalami rasa tertekan dan sebagainya. Ayuh berkongsi bersama saya di ruangan ini, tips-tips atau petua yang dirasakan berguna buat kita semua.

Saya ingin berkongsi dengan saudara dan saudari semua berkenaan dengan S.T.R.E.S.S ini. Jom, kita kongsikan pengalaman menarik anda menanggani stress atau tekanan ini dengan semua pelayar maya Nizam83.wordpress.com ini!

Salam perpaduan penuh kasih sayang daripada saya.

12.12 tengahari.