Arkib untuk Oktober, 2008

Tahniah Buat Mahzan+Masturina

Posted in Semasa on Oktober 29, 2008 by kayrulzam

Di sini saya lampirkan beberapa gambar kenangan yang sempat saya rakamkan sekitar Majlis Akad Nikah dan Walimatulurus rakan sekolah lama saya, Mahzan Bin Morat dengan pasangannya Masturina Natalia Binti Mohd Nor. Tahniah buat mereka berdua dengan hari penuh kebahagian ini!

Saya upload kan sedikit sahaja gambar daripada jumlah keseluruhnya lebih daripada ini. Semoga pasangan rakan saya ini dimurahkan rezeki, bertambah-tambah rezeki dan diberikan kekuatan daripada ALLAH S.W.T dalam menempuhi alam rumahtangga. Buat bro Mahzan, doakan aku jugak!!Hehe..

Sekian, bicara ringkas laporan dari Parit Buntar

Mentor Santai

Posted in Semasa on Oktober 22, 2008 by kayrulzam

Syukur pada ALLAH S.W.T. Dengan rahmat pemurahNYA dan kasih sayangNYA saya nukilkan sedikit perkongsian mengenai aktiviti mentor yang telah saya jalankan bersama rakan saya wakil dari sebuah NGO bersama anak-anak didik saya minggu lalu. Ia adalah aktiviti mentor yang dijadualkan untuk saya memantau perkembangan, tahap prestasi anak-anak didik saya ini. Alhamdulillah, aktiviti mentor kali ini saya jalankan di luar kawasan, jauh sedikit dari institusi pendidikan yang selalunya saya laksanakan.

Aktiviti bermula jam 5.30 petang di kawasan taman rekreasi bernama Ampang Jajar berdekatan dengan USM Kampus Kejuruteraan, Seri Ampangan, Nibong Tebal. Bermulanya, sesi riadah senaman ringkas ‘memeluhkan badan’, kami bermain sepak raga bulatan. Aktiviti ini dapat disimpulkan betapa pentingnya sikap kerjasama dalam ahli kumpulan untuk mendapatkan satu permainan yang baik, lambungan dan imbangan bola takraw yang boleh mencapai tahap bilangan yang ditentukan, 10,20,45 hingga beratusan angka. Jika kita bekerjasama dengan baik, InsyaALLAH imbangan bola takraw itu boleh dikira sampai ribuan juga walaupun ada 4-5 orang yang bermainnya:). Konsep kerjasama berpasukan!! Amalkan ia dengan baik samada dalam belajar, bekerja dan berumahtangga.

Aktiviti seterusnya adalah mengenali diri, anak-anak mentee mengisi borang berbentuk 2 bahagian kolum yang bertajuk “Kejayaan Anda Setakat Ini ” dan “Matlamat / Perkara Yang Ingin Dicapai”. Mereka kusyuk mengisinya kerana masing-masing ada kejayaan dan cerita menarik sepanjang kehidupan 21 atau 20 tahun yang lalu. Mereka juga ada cita-cita dan impian untuk dicapai dalam masa terdekat dan juga jangka panjang. Ayuh, amalkan juga perkara ini dalam kehidupan kita, kerana anda tahu siapa, bagaimana, diri anda! Semoga perkongsian aktiviti mentor seumpama ini dapat diteruskan lagi di pelbagai tempat serta kaedah yang boleh mendekati para remaja dan anak-anak muda kita pada masa kini.

Di sini, saya lampirkan beberapa gambar menarik yang telah saya ’snap’ ketika aktiviti dijalankan. Moga ada manfaatnya.

Rangkuman Hari Raya

Posted in Pendidikan on Oktober 22, 2008 by kayrulzam

Alhamduillah. Pagi ini, ALLAH S.W.T. memberikan saya peluang lagi untuk bernyawa di muka bumi ini. Moga-moga nilai taqwa dan jatidiri muslim ini, terbina sedikit demi sedikit dan kukoh bak bangunan binaan batu-bata konkrit,InsyaALLAH!

Setelah berlalunya musim Ramadhan, saya lama tidak ‘update’ weblog ini dek kerana beberapa kesibukan dalam kerjaya dan kehidupan seharian. Pagi indah, 22 Syawal 1429H ini, saya kongsikan dan rangkumkan beberapa gambaran menarik sekitar hari raya lalu sebagai satu perkongsian ringkas daripada saya:)

Pasca Sebulan Ramadhan : 11 Bulan Kita Teruskan

Posted in Semasa on Oktober 15, 2008 by kayrulzam

Salam Syawal ke-15 untuk semua. Saya megambil kesempatan di ruangan ini untuk meng’aktif’kan arena penulisan saya di alam maya ini. Semoga semangat dan iltizam yang baik dalam bulan Ramadhan yang lalu akan kita teruskan langkahnya dalam 11 bulan mendatang ini.

Teruskan tindakan dan langkah terbaik kita sebagai menjalankan apa yang diamanahkan kepada kita sebagai hamba ALLAH S.W.T. di muka dunia ini untuk persiapan menemuinya.

Bicara pagi 15 Syawal 1429H.

Jam 10.56 pagi