
Assalamualaikum wbt. Hari ini saya sempat berjemaah Subuh di Masjid Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal ( Sempadan tanah Perak dan Pulau Pinang ). Alhamdulillah diberikan ALLAH S.W.T. kesempatan ruang dan masa yang ada ini untuk saya berkongsi pengisian di antara kita semua. Semoga ianya boleh memberikan kita cetusan ingatan dan panduan untuk terus dan meneruskan kehidupan dunia ini menuju perjalanan ke akhirat.
Pagi ini, seawal jam 4.00 pagi, mata saya terjaga, Allahuakbar! Syukur pada-MU Ya ALLAH..Bingkas bangun, siapkan lauk-pauk untuk sahur buat emak, abah dan adik-adik:). Panaskan saja lauk-pauk lebihan masakan semasa berbuka, rezeki dari ALLAH S.W.T.
Sesudah Subuh, ada Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Izab Hambali, seorang tokoh ilmuan dan motivator yang tidak asing di kawasan sekitar kampung saya ini. Dalam isi kuliah dan tazkirah yang disampaikan beliau ialah menyentuh bab ‘Nila Taqwa’. Terlebih dahulu, saya memohon agar apa yang saya sampaikan ini menjadi utamanya nasihat buat diri saya yang lemah ini. Jika ada kekurangan dan kesilapan, tuan-tuan, tetamu sekalian boleh menegur dan menambahbaik usaha mulia ini.
Baca lagi »