Arkib untuk Julai, 2008

Israk Mikraj : Indahnya Islam!

Posted in Pendidikan on Julai 31, 2008 by kayrulzam

Alhamdulillah segala pujian bagi-NYA ALLAH S.W.T Maha Pencipta sekalian yang ada di dunia ini. Sepanjang-panjang lafaz kesyukuran saya kerana dapat diberikan ruang dan masa untuk mengaktifkan jari-jemari ini menaip dalam ruangan maya ini.

Minggu ini kita melalui satu sejarah hari yang sewajibnya juga diingati oleh semua manusia sekelian alam iaitu peristiwa Israk dan Mikraj yakni peristiwa malam 27 Rejab, kekasih ALLAH S.W.T. Nabi Muhammad S.A.W. memenuhi jemputan bertemu dengan-NYA. Teguhkan keimanan kita dengan peristiwa ini! Semoga peristiwa yang bersejarah ini menjadi suri teladan buat kita dalam sama-sama menyemai suburnya benih-benih iman dan takwa kita kepada ALLAH S.W.T. Jadikan pedoman peristiwa ini sebagai satu garis panduan kita dalam mendepani hari-hari yang semakin mencabar dan menganggu gugat iman kita. Mukjizat dan kebesaran untuk Nabi Muhammad S.A.W. yang dikurniakan ALLAH S.W.T. menggambarkan kepada kita, kekuasan dan keagungan kuasa-NYA itu tiada tandingannya dengan ciptaan Sains yang sememangnya dari akal manusia biasa. Itu antara ingatan dah juga mutiara tazkirah yang dapat saya kutip melalui ceramah Israk Mikraj di Masjid kawasan kariah tempat saya tinggal. Info : Ceramah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Abdul Aziz Bin Hanafi, Dekan Fakulti Syariah, Kolej Universiti Insaniah, Alor Setar, Kedah.

Minggu ini juga saya juga telah mengikuti satu taklimat berkenaan dengan perlaksanaan pembayaran zakat melalui potongan gaji pekerja di negeri Kedah Darul Aman. Berikut saya lampirkan satu paparan berkenaan kepentingan Zakat ini sebagai sumber utama kewangan Islam untuk tatapan kita bersama :

ZAKAT SUMBER KEWANGAN UTAMA DALAM ISLAM

PENGENALAN

Pada umumnya zakat ialah satu peraturan kewangan yang tiada tolak bandingannya didalam sejarah kehidupan sosial dan ekonomi manusia. Peraturan-peraturan kewangan yang begitu syumul (sempurna) seperti zakat tidak juga pernah diketahui secara teratur oleh agama-agama sebelum Nabi Muhammad S.A.W.
Di antara peraturan-peraturan zakat adalah :

1) Peraturan Harta Benda dan Kewangan

Ini ialah kerana zakat merupakan sumber kewangan negara dan masyarakat Islam dan aliran pengumpulan harta benda yang berkekalan bagi “Baitulmal” (perbendaharaan) selain itu zakat merupakan “cukai harta khas” yang diwajibkan ke atas harta-harta dan hasil pendapatan seorang muslim.

2) Peraturan Ekonomi
Adalah jelas hukum dan Fiqh Zakat sejak zaman Rasulullah S.A.W., sampai kepada para Khulafa’ Ar Rasyidin dan abad-abad berikutnya didalam pemerintahan Islam hasil mahsul pengumpulan zakat tidaklah boleh dibekukan. Malahan syarak menghendaki dilaburkan supaya kedudukan ekonomi bertambah kukuh.

3) Peraturan Kemasyarakatan
Adalah jelas bahawa zakat menjamin kesentosaan hidup bermasyarakat dan kebahagian. Golongan tidak berada dan mereka yang memerlukan bantuan, kerana sasaran utama zakat ialah Fuqarak Wal Masakin, mereka yang dibelenggu hutang dan Fi Sabilillah. Justeru itu Islam tidak membenarkan wujudnya jurang yang dalam memaksa (mewajibkan) antara mereka yang berada dan tidak berada, maka zakat bayaran zakat keatas orang-orang kaya dan mereka yang berharta. Menurut peraturannya dan syarat-syaratnya. Untuk diberi serta dialihkan dengan saksama kepada golongan tidak berada dengan demikian keadilan bermasyarakat dapatlah dirasakan bersama. Maka penyakit bermasyarakat seperti keegoan, bakhil dan mementing diri sendiri dapat dibanteras.Ini dalam jangka panjangnya jika terlaksana dengan baok akan melahirkan rasa “ihsan” – dalam masyarakat Islam.Rasa ihsan itu adalah perkara utama keharmonian masyarakat menuju “Masyarakat Madani”.

4) Peraturan Politik
Justeru pungutan, penguatkuasaan,pengumpulan,pengagihan dan pentadbiran hal ehwal zakat serta mereka yang memungut zakat dan menerima zakat perlu kepada satu penguatkuasaan undang-undang (enforcement) terutama bagi menghadapi mereka yang dengan sengaja atau tidak ingkar membayar zakat, maka zakat dan hal ehwalnya tidaklah terlepas daripada tanggungjawab kerajaan .

5) Peraturan Budi Pekerti
Tidaklah syak bahawa zakat sesuai dengan nama dan falsafahnya (Az Zakat) adalah membersihkan jiwa dan harta serta membina keteguhan rohani ummah. Keteguhan rohani yang akan menimbulkan keluhuran budi. Kesannya akan memberi kebebasan bermasyarakat serta menggalakkan pembangunan semangat berusaha dan memelihara maruah.Daripada seni teguhlah aqidah dan budi pekerti.

6) Peraturan Agama
Akhirnya, janganlah lupa bahawa zakat adalah rukun Islam ketiga. Ianya merupakan pengabdian diri (ibadat) kepada Allah Azzawajalla melalui harta. Membelanjakan harta seperti dikehendaki, zakat adalah salah satu daripada sendi-sendi utama mentaati Allah Azzawajalla yang diwajibkan dan menjadi ciri-ciri khas kehidupan seorang Islam yang berharta.

Tulisan Oleh :Syeikh Salleh bin Dato’ Haji Abdul Rahman
Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah.

Sumber : http://www.zakatkedah.com

—————————————————————————————

Semoga saya dan anda diberikan kekuatan untuk menjana Iman dan ketaqwaan ini dalam menjalani kehidupan hari demi hari, saat demi saat. Saya memohon maaf atas ketelanjuran salah silap bahasa dan fakta atas coretan saya. Teguran daripada anda amat bermakna untuk membantu kelemahan dan kekurangan daripada pihak diri saya.

Sekian, bicara tengahari Khamis, 30 Julai 2008 bersamaan 28 Rejab 1428H.

Jaga Kesihatan : Nasihat Untuk Diri Saya Yang Pertamanya!

Posted in Pendidikan on Julai 27, 2008 by kayrulzam

Alhamdulillah saya kembali mencoretkan sesuatu di laman ini. Hari ini di pejabat tempat saya bekerjaya, telah diadakan satu Hari Pemeriksaan Kesihatan secara free! Ramai sungguh rakyat jelata yang hadir untuk sama-sama menjalani pemeriksaan kesihatan diri. Tidak ketinggalan juga buat diri saya.

Bermula dari kaunter tekanan darah, timbang berat badan unggul dan sebagainya saya menghampiri meja “Sesi Kaunseling”. Saya menerima dengan baik setiap nasihat dan kata-kata motivasi daripada Puan Nurse yang berborak dengan saya. Dengan penuh rasa syukur kerana terlintas juga niat saya untuk memeriksa kesihatan diri pada pagi ini. InsyaALLAH dengan izin-NYA dan kekuatan azam dan niat baik saya untuk menjaga kesihatan diri menjadi pendorong buat diri ini. Kurangkan berat badan! Itu azam saya :) . Apa-apa pun, bermula dari kemahuan diri kita untuk bersikap positif dan terus bermotivasi dalam menjaga kesihatan.

Rasionalnya di sini, saya melihat daripada aspek dalaman diri. Jika kita hendak kepada sesuatu tentunya kita akan berusaha sedaya upaya dan tidak berputus asa melakukannya. Dengan keazaman dan iltizam yang kuat di samping sikap Istiqamah kita dalam menjalankan sesuatu, ia pasti menunjukkan hasil!

Semoga kata-kata inspirasi hati saya pagi ini mengenai pentingnya menjaga kesihatan diri dapat kita hadamkan bersama-sama telusnya jiwa kita kerana ALLAH SWT. Orang Muda kena kuat jiwanya dan kuat kudratnya, untuk kuatkan juangnya!

Untuk itu, saya mengistiharkan “Kempen Jaga Kesihatan” untuk diri saya yang pertamanya dan buat semua rakan-rakan tetamu di luar sana:) Salam kesihatan dari saya.

Sekian dahulu, bicara pagi Ahad 27 Julai 2008

bersamaan 24 Rejab 1429H.

Mutiara Inspirasi 1

Posted in Pendidikan on Julai 22, 2008 by kayrulzam

Salam muhibbah dan kasih sayang daripada diri saya untuk anda semua. Kata-kata Mutiara Inspirasi untuk hari ini ialah Anda Adalah Apa Yang Anda Fikirkan Mengenai Diri Anda. Anda Adalah Apa Yang Anda Sedang Cari. Anda Adalah Apa Yang Anda Sedang Usahakan “.

U Are You

U Are You

Kata-kata indah seperti tertera di atas adalah satu Mutiara kata yang saya petik dan keluarkan untuk tatapan umum kepada Anda dan Saya renungi sama-sama. Ianya daripada isi sebuah buku bertajuk “Mutiara Inspirasi” dterbitkan oleh Portal Ukhwah+Portal Muslimah+Portal Bicarasiswa.

Ayuh! Renunginya bersama-sama saya!

Salam kejayaan dan nyalakan insiprasi untuk memotivasikan diri anda setiap hari!

Bicara petang Selasa 22 Julai 2008 bersamaan 19 Rejab 1429H.

5.32 petang.

Anak-Anak CC

Posted in Pendidikan on Julai 18, 2008 by kayrulzam

Salam tautan ukhwah buat semua. Diri ini ucapkan semoga berbahagia di Penghulu segala hari, Jumaat yang indah ini. Pagi ini saya bercuti, biasalah bekerja di lapangan Kedah Jelapang Padi, sememangnya hari bekerja dari Ahad ke Khamis sahaja.

Saya sengaja mencuri sedikit ruang masa untuk menjenguk ke sebuah Cyber Cafe ( CC ) di tempat saya. Jam 10.15 pagi saya ke sana.Awal kan? Pada reaksi pertama saya melihatkan CC ini penuh dengan basikal merasakan ianya ada satu pesta di dalamnya. Ya! Sangkaan yang agak tepat. Kedengaran riuh rendah, “Atas bangunan, atas tu….tembak-tembak!”, itu antara jeritan halus suara adik-adik generasi paling muda. Saya amat pasti mereka ini masih bersekolah rendah dan belum habis mengaji lagi! Sangkaan saya bertambah kukuh lagu dengan melihat kaki mereka masih memakai kasut putih Bata atau Pallas yakni kasut pakaian rasmi sekolah. Cumanya tidak lengkap berbaju uniform kerana tertera di depan pintu CC, “Pelajar Yang Memakai Uniform Sekolah TIDAK DIBENARKAN MASUK”. Menarik bukan?

Tentunya mudah bagi mereka yang berusia muda ini masuk, buka sahaja uniform sekolah dengan pertukaran sehelai t-shirt sahaja, itulah tiket untuk masuk ke CC. Saya pasti ini sudah menjadi rutin harian mereka, dengan menyaksikan betapa kusyuknya adik-adik ini memetik keyboard dan mengawal mouse! Di mana-mana juga, pastinya CC menjadi kegilaan remaja masa kini. Bermain game perang, FiFa, Technical and Strategy Game menjadi sarapan pagi mereka setiap hari!

Anak-anak CC ini, yang paling menyedihkan juga buat diri saya, majoritinya adalah seAgama dan seSaudara dengan kita:). So, ada bagaimana kita di luar sana? Termasuk diri saya juga, fikirkanlah sesuatu ya?!

Sekian, bicara pagi Jumaat 15 Rejab 1429H.

10.48 pagi.

Tiada Tajuk

Posted in Semasa on Julai 16, 2008 by kayrulzam

Salam juang saya buat semua!

Saya menulis ini dari kamar pejabat saya. Seharian saya berhadapan dengan laptop saya ini untuk melihat pelbagai isu dan entri terkini daripada bloggers dan juga media massa ( e-Media ) di alam maya ini. Ya! Seharusnya, semua pihak sudah pun melihat, menyaksikan dan mendengar Debat Khas di antara dua tokoh dikenali kita, Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Malaysia Datuk Ahmad Shabery Cheek. Saya tidak mahu mengulas lanjut berkaitan itu :) Tidak pakar saya untuk menilai mana yang menang, mana yang kalah. Masing-masing anda semua boleh membuat penilaian yang terbaik, InsyaALLAH!

Hari semalam saya bercuti kerana turut sama untuk menghayati Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Pemerintahan KeBawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman. Anda boleh melayari laman web khas berkenaan Sambutan ini di web ini.

Sampai di sini dahulu, ada banyak hendak ditulis, tapi kekeringan pulak dirasanya :)

Badan pun terasa panas juga, penangan durian yang kini sudah tiba musimnya! Sampai bertemu untuk bicara saya akan datang.

13 Rejab 1429H.

5.00 petang.