Kepemimpinan Generasi Muda Penerus Cita Dan Cinta

Salam hormat daripada diri saya untuk kalian semua. Apa cerita di luar sana? Sudah agak lama saya tidak ‘Update’ tulisan saya di nizam83.wordpress.com ini. ‘Cuti’ yang agak lama ini adalah sedikit sebanyak memberikan laluan pada diri untuk melihat dan mentafsir perjalanan semasa diri dan keadaan sekeliling. Jika kita renungi 1-2-3 peristiwa dan isu semasa di sekeliling kita tentunya keputusan ‘panas’ bak pisang goreng yang laku setiap hari selepas detik 8 Mac 2008 dengan ‘warkah keputusan Pilihanraya Umum ke-12′ menjadi santapan semua pihak! Di kedai kopi,pusat dobi,warung roti,jalan keretapi, bawah lori, semuanya cerita pasal PRU. Saya tidak mahu mengulas lagi tentang PRU dan Analisanya, anda boleh baca di blog-blog yang ada serta media arus perdana yang benar telus dan tulus.

Saudara Saudari yang dihomati;)

Baru-baru ini saya menjadi orang yang SUKA dan RELA untuk membantu pihak kolej tempat saya bekerja untuk ‘MenDIDIK,MemBIMBING,MenCAKNA‘ diri adik-adik pelajar sekolah rendah untuk Belajar Jadi Pemimpin. Mereka seramai 39 Orang pemimpin muda yang terdiri daripada ‘Pengawas,Ketua Pasukan Uniform,Ketua Persatuan Akademik,Ketua Kelas dan AJK Kelab dan Persatuan Sekolah Kebangsaan Teluk Pial,Kuala Kurau, Perak. Ini adalah program kedua saya bagi tahun ini berkaitan dengan Kursus yang ada sangkut pautnya dengan pelajar sekolah rendah. Jika semasa di lapangan kampus dahulu, saya pernah juga melibatkan diri untuk program-program berbentuk motivasi dan kepemimpinan ini. Mana tidaknya saya ketika itu adalah ahli Kelab Pendidikan Teknik dan Vokasional ditambah lagi memegang amanah dari seluruh mahasiswa kampus untuk menjawat jawatan dalam Majlis Perwakilan Pelajar! Hampir 2-3 penggal juga bertanding, gantung poster muka sendiri setiap penggal:) hehe.

Tuan-tuan dan puan-puan, saudara/saudari;

Saya selitkan sedikit kenangan ‘menjadi pemimpin muda‘ saya semasa di kampus itu bukannya untuk menunjukkan kepada anda satu ‘bangkul yang saya angkat sendiri’.Jauh sama sekali saya menyatakan ia semacam itu. Saya ingin berkongsi cerita dan pengalaman berkenaan dengan kepimpinan muda dan generasi penerus kecemerlangan Ummah. Bila kita katakan dengan Kepemimpinan ianya hasil usahadaya seorang yang bergelar ‘Pemimpin‘. Setiap orang sebahagian besar kehidupannya bermula dengan kepemimpinan. Sebagai contoh bagi diri kita, kita memimpin diri sendiri untuk berdikari sendiri – bangun pagi, gosok gigi, buka air pili, ambik wuduk segarkan diri, kuatkan diri, kiblat dicari, betulkan hati mengadap ilahi ;) Itulah kita juga berjaya dalam kepemimpinan diri sendiri!! Banyak lagi conto dapat kita ulas dengan sifat-sifat dan ciri-ciri kepemimpinan. Ada contoh? Jom kongsikan bersama saya di ruangan maya ini.

Untuk adik-adik seramai 39 Orang pemimpin Muda itu, saya mendoakan agar anda semua berjaya dalam apa yang dicita-citakan dan kecintaan kita pada Tuan Punya Dunia, ALLAH S.W.T. jangan kita abaikan!

Sehingga bertemu lagi di lain lembaran.

4 Respons kepada “Kepemimpinan Generasi Muda Penerus Cita Dan Cinta”

  1. ana tertarik ayat memipin diri sendiri.sesungguhnya kita mudah memberi arahan pada orang lain tapi kadang2 payah diri kita sendiri nak ikut arahan tu, macam juga nasihat.berdakwah lebih mudah dari mentarbiyyah diri sendiri…

    ana insafi juga kelemahan ana.

    salam jihad wa ukhuwwah fillah

  2. Semasa kita berada di alam kampus ini, gunakanlah sebaik mungkin untuk menimba ilmu & pengalaman dalam persatuan, kelab ataupun apa jua bentuk aktiviti berorganisasi kerana kelak apabila kita telah berada di alam realiti (luar kampus) kita akan merasai betapa pengalaman-pengalaman ini sangat2 membantu kita. Bukan sekadar untuk mengadakan aktiviti tetapi pengalaman2 ini kan mengajar kita untuk lebih matang berhadapan dengan situasi yang memerlukan kesabaran dan ketelitian.

    Saya dapat melihat sendiri bagaimana perbezaan rakan2 yang aktif dan kurang aktif apabila mereka berhadapan dengan kehidupan yang sebenar.

  3. Tanggungjawab mahasiswa bukan semata-mata keluar-masuk d.kulliyyah je. Lebih jauh daripada itu adalah memberi sumbangan kpd masyarakat sekeliling (paling kurang masyarakat dalam kampus) sementelah mahasiswa masih bergelar mahasiswa.
    Sdr. Nizam telah berikan satu contoh yang baik bhw mahasiswa perlu berperanan aktif dalam membina ketamadunan umat melalui pengayaan modal insan yang cemerlang.
    Medan kepimpinan pelajar di alam kampus merupakan satu “training ground” yang baik untuk melatih dan memperbaiki diri dan syakhsiah.

  4. Kepimpinan generasi muda hari in bergantung kepada kekuatan idealisme dan intelektualismenya. Idealisme mengajak kebaikan serta mencegah kemungkaran merupakan citra kepimpinan Rasulullah SAW dalam misi profetis beliau mentarbiyyah ummah untuk memenuhi tuntutan Islam. Pemerkasaan intelektualisme generasi muda hanya boleh dilakukan melalui pemugaran budaya ilmu. Budaya Iqra’ perlu mengakar pada setiap diri pemimpin muda agar mampu mengartikulasikan isu-isu penting dari perspektif generasi muda tanpa mudah diperkotak katikkan golongan berkepentingan. Sejarah telah membuktikan bagaimana kekuatan idealisme dan intelektualisme yang substantial, mampu melonjak aktivisme generasi muda dalam usaha memartabatkan Islam sebagai cara hidup ummah.(Rujuk Hayatussahabah)

Tinggalkan jawapan