Arkib untuk Februari, 2008

Selamat Hari Pilihanraya Ke-12 !

Posted in Semasa on Februari 27, 2008 by kayrulzam

Assalamualaikum wbt.

Saya dengan rasa rendah dirinya ingin mengucapkan selamat hari Pilihanraya ke-12 buat semua warganegara Malaysia. Persiapan semua calon bertanding sedang dikemas rapi dengan pelbagai kempen, atur cara yang diatur, program yang direncanakan dan majlis ceramah yang dibenarkan.Semoga semuanya berjalan dengan baik, telus dan bersih untuk PRU ke-12 ini!

Salam kejayaan buat semua Bakal Wakil Rakyat, yang akan dipilih oleh rakyat!

Demam Pilihanraya

Posted in Semasa on Februari 23, 2008 by kayrulzam

Tuan-tuan semua! 8 Mac 2008 ini bakal menyaksikan satu lagi detik bersejarah akan berulang bila tibanya satu hari “Raya” lagi iaitu Pilihanraya Malaysia yang ke-12 kalinya.

Detik ini sememangnya akan menjadi penantian semua rakyat Malaysia tidak kira pemimpin, rakyat,wartawan, duta asing, pendatang asing dengan Izin dan Tanpa Izin, penjual roti canai, penarik beca, pengurup wang berlesen, anak-anak Tadika pun menanti kehadiran suasana kemuncak hari pemilihan tampuk pemerintahan negara yang baru.

Saudara saudari semua, memang ke mana sahaja ceruk dan lorong di Malaysia ini, akan pastinya dilanda “Demam Panas” Pilihanraya dalam saat 2 minggu sebelum hari jadinya pembuangan undi ini. Bendera, poster, iklan, banting, belon semuanya tergantung, digantung, ditampal,diedarkan serta tiang-tiang buluh menegakkan kibaran bendera parti-parti politik yang bakal bertanding. Kawasan bandar dan kampung, taman dan tebuk-tebuk ( kawasan kampung yang ada tali air+bendang+parit), semuanya meriah dengan warna-warni bendera di sana sini. Inilah indahnya suasana musim demam pilihanraya di Malaysia.

Tidak kurang indahnya, media masa, radio, televisyen, internet setiap masa tidak putus-putus membicarakan serta memaparkan isu berkaitan dengan Pilihanraya Umum ke-12 ini. Di kelopak biji mata kita pun, setiap hari terpapar perkataan PRU-12!!

Buat generasi muda, rakan-rakanku di luar sana,

Apa khabar anda semua? Bagaimana dengan kerja dan tugasan hari ini? Generasi muda yang baru pertama kalinya akan keluar mengundi pada 8 Mac 2008 ini tentunya tidak sabar-sabar lagi untuk melaksanakan tanggungjawab itu. Tahniah buat yang sempat mendaftar! Untuk rakan-rakanku yang belum mendaftar, ataupun ada juga yang berkata, “Alamak…terlupa beb! Lupa gua nak daftar pemilih…”. Ini salah satu ayat yang saya dapati dari jawapan anak-anak muda yang tidak dapat mengundi pada hari bersejarah itu. Ada pula yang mengatakan, “Hmm…wa tak tau la nak pangkah sapa,”dengan nada agak sinis dan kecewa dengarnya. Ditambah pula dengan kata-kata putus harapan,” Kalau aku pangkah dia, apa yang untungnya, tengok jalan kat kampung aku tu pun, sama saja…tanah merah berselut lagi dari dulu lagi…dah lama dah!!”. Semua ini ayat-ayat biasa yang keluar dari mulut manusia tidak kira muda atau tua.

Syabas juga buat anak-anak muda, generasi baru yang akan keluar mengundi nanti. Teruskan tujuan anda untuk memilih pemimpin yang terbaik. Buat warga Malaysia semua, yang layak mengundi, tunaikan kewajipan kalian pada hari yang ditetapkan.

Buat bakal-bakal calon yang telah dinamakan untuk bertanding, laksanakan satu pertandingan yang baik, bersih, penuh keadilan, makmur dan aman untuk mencorakkan satu kepemimpinan yang terbaik. Jadikan akhlak mulia sentiasa bersama kita untuk menjadikan “demam pilihanraya” ini satu peristiwa yang memberikan manfaat terbaik untuk semua.

Kepada semua petugas-petugas Parti yang bertanding, bekerjalah dengan usaha yang terbaik, jaga adab dan sopan, sentiasa menjaga hubungan sesama manusia dan paling utamanya hubungan kita dengan Tuan Punya Dunia, ALLAH S.W.T.! Jaga setiap masa kerja dan tugas kita itu, jangan kita lalai dengan sibuk menaikkan bendera, menampal poster tanpa pedulikan panggilan menunaikan Solat menghadap-NYA.

Semoga kita diredhai-NYA. Selamat Berpilihanraya buat Semua!

Muhasabah Diri

Posted in Semasa on Februari 19, 2008 by kayrulzam

Alhamdulillah kesyukuran pada-NYA saya menulis lagi di ruangan maya ini. Hari ini, pagi ini, jiwa hati ini rasa kurang selesa, kerja banyak tidak menjadi. Yang menariknya, tugas tidak terancang memang tidak menjadi!

Ya, perancangan perlu ada A-B-C nya, perlu ada 1-2-3 dan seterusnya untuk melaksanakan setiap rancangan kita. Diri ini mengambil masa untuk menenangkan jiwa hati ini yang ada kelemahannya ini. Duduk seketika, ambil masa, kenalpasti apa punca konflik diri ini. Selesaikan dengan satu jiwa rasa yang terbaik, di samping ada pengharapan yang terbaik daripada Yang Maha Kuasa, ALLAH S.W.T.

Parit Buntar,13.16pm.

Memilih Jalan Terbaik

Posted in Semasa on Februari 13, 2008 by kayrulzam

Salam budiman buat tetamu dan juga teman-teman;

Semoga kalian semua terus segar-bugar di luar sana. Rasanya sudah banyak minggu dan hari saya tidak menulis di blog maya ini. Kering idea ka?Habis isu ka?Itu semua persoalan yang menyerang ufuk minda saya sebagai manusia ciptaan Yang Maha Kuasa, ALLAH S.W.T. Allahukahbar!

Saban hari, saban minggu kita terus menerus dihujani pelbagai peristiwa dan berita semasa sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Isu Palestin masih tidak ada jalan perdamaiannya, isu hukuman mati tahanan Al-Qaeda, cerita Barack Obama dan saingannya Hillary Rodham Clinton, demam Pilihanraya Umum, demam cuaca panas, krisis Selatan Thai, konflik Timor-Leste, tragedi Ops Sikap setiap tahunan, operasi Adik Sharlinie, dan pelbagai lagi rencam hidup dalam isu-isu utama media massa yang kita tahu. Tak terbaca, tak menang dek tangan nak kita selak akhbar setiap hari. Macam-macam ada! ( iklan Astro )

Saudara saudari semua;

Setiap kali kita berhadapan dengan situasi “Memilih Jalan Terbaik“, iaitu keadaan membuat pilihan atau pemilihan antara sesuatu benda, suatu jalan yang akan membawa satu penyelesaian sama ada Yes or No, Kalah atau Menang, Hidup atau Mati! Ini semua ada terjadi dalam hidup kita sebagai manusia khalifah di muka dunia ini.

Saya ingin membawa diri ini dan anda semua untuk melihat sejauh mana pilihan kita untuk menjadikan ianya terbaik buat diri kita. Kita telah membina jalan kehidupan kita dengan  ISLAM sebagai Jalan Utama pilihan kita, jadi usahakan lah agar jalan ini tidak akan retak, merekah dan roboh. Jadi bila ada sedikit retak, cepat-cepat cari jalan untuk mendekati pencipta kita, ALLAH S.W.T. Jauhkan diri ini dan kita semua dari kerosakan yang akan merosakkan Jalan yang kita pilih ini! Semoga atas sikap Istiqamah dan Mahu Buat kita menjadikan diri kita ini terus berada dalam Jalan Yang Lurus dan diredhai-NYA. Buat lah pilihan yang terbaik untuk yang terbaik! Diri ini mengajak diri saya yang utamanya untuk menghiasi Jalan yang kita pilih ini dengan hiasan-hiasan yang akan menerangi setiap kegelapan yang ada.

Andaikata tulisan saya ini ada cacat celanya, harap tuan-tuan, rakan tetamu sekalian dapat cepat-cepat membetulkan dan tunjuki saya jalan yang terbaik! Semoga ISLAM terus subur dan berbunga, berbuah untuk manusia merasai keMANISan nya!

Aku Milik-MU

Posted in Semasa on Februari 2, 2008 by kayrulzam

Allahuakhbar, Maha Besar Kuasa-Mu Ya ALLAH!

Segala pujian bagi-Mu, selawat dan salam untuk Rasul junjungan, kaum keluarga, sahabat-sahabat baginda, ulama’ serta para tabiin. Untuk semua umat Islam, didoakan juga kesejahteraan dengan limpah nikmat kurniaan ilahi di muka dunia ini. Semoga hati dan benak jiwa kita ini terus subur dengan kalimah syahadah dan nur iman dalam kecintaan kita kepada nikmat Islam dan Iman.

Saudara saudari yang dirahmati ALLAH SWT;

Bulan Januari 2008 sudah berakhir, kini sudah melangkah pula ke Februari 2008, bagaimana coretan perjalanan langkah kita? Bulan Muharram 1429H juga kian di penghujungnya, di mana Azam dan Iltizam yang kita coretkan di awal mula tahun baru yang lalu. Respon semula diri kita kepada semua yang kita azamkan untuk laksanakan jika masih belum terlaksana. Biar ada ‘enjin yang masih panas,jangan dibiarkan enjin ‘mati’ di tengah jalan‘.

Akhir Januari yang lalu iaitu dalam tarikh masihi 30.01.2008 – Rabu, bersamaan 21 Muharam 1429H, saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis restu ilmu UPSR 2008 di sebuah sekolah di Tanjung Piandang, Parit Buntar, Perak. Syukur atas segalanya, saya telah dipelawa untuk memberikan satu ceramah motivasi buat adik-adik pelajar tahun 6 sekolah berkenaan untuk persiapan dan persediaan diri bagi menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Buat julung kalinya, ini yang pertama bagi diri saya memberikan satu ceramah motivasi untuk pelajar-pelajar. Alhamdulillah, Magnet Diri ( kata sahabat saya – Amin Idris ) itu rasanya ada. Ia ada dalam setiap jiwa manusia, kita perlu keluarkan sahaja!

Dalam sesi saya bersama adik-adik UPSR yang berjumlah hampir 100 orang, segala perkongsian rasa dan jiwa berjaya saya lontarkan. Petua dan tips adalah serba sedikit yang boleh saya kongsikan untuk mereka. InsyaALLAH dengan Izin-NYA jua, saya mendoakan adik-adik itu berjaya dengan 5A yang mereka cita-cita kan.

Diri ini hak milik ALLAH S.W.T., saya syahdu bila melihat ada adik-adik itu yang mengalir air mata ketika sesi bersama ibu bapa dan waris. Mereka yang menangis dan terlalu sedih adalah kerana, tidak berkesempatan untuk bersama ibu bapa ketika sesi Akur Janji UPSR 2008. Ibu Bapa mereka tidak hadir untuk majlis berkenaan. Sedih dan terharu jiwa ini melihat linangan kerinduan air mata mereka setelah ‘cemburu’ dengan rakan-rakan lain yang bersama keluarga. Dalam benak hati saya, mengatakan sesuatu yang positif, mungkin ibu bapa mereka ada  hal kerja atau sebagainya. Ini adalah kerana, kebanyakkan daripada anak-anak ini berasal dari keluarga Nelayan dan Pesawah.

Itulah sifat kita sebagai manusia, memang tidak akan berpisah daripada sifat riang dan duka. Sedih dan gembira ada dalam diri kita! Maha Bijaksananya ALLAH S.W.T. dalam mencipta kita! Bersama kita menuju jalan kejayaan di dunia mahupun dunia akhirat.