Arkib untuk Januari, 2008

25 tahun!

Posted in Semasa on Januari 21, 2008 by kayrulzam

Assalamualaikum wbt. Salam hormat dari diri ini.

Alhamdulillah setingi-tinggi kesykuran atas nikmat kurniaan pemilik dunia ini, ALLAH S.W.T. di atas izin-NYA jua dapat saya nukilkan sesuatu di weblog saya ini. Syukur tidak terhingga juga atas peluang yang masih diberikan-NYA untuk saya bernyawa dan sempat melangkah lagi satu tahap umur pada 21 Januari ini bersamaan 12 Muharam 1429H. 25 tahun lalu saya dilahirkan di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim.

Sehingga kini saya berada di Utara Semenanjung Malaysia, meneruskan kehidupan ini. Didoakan semoga kita semua dapat memanfaatkan rezeki, nikmat tubuh badan dan kesihatan ini untuk kebaikan semua!

Saya berkesempatan untuk menghadiri satu Ceramah Maal Hijrah di Masjid Permatang Tok Mahat, Nibong Tebal, Pulau Pinang baru-baru ini. Kupasan isi dan isu oleh Yang Berbahagia Ustaz Haji Elias Bin Zakaria. Antara isi dan isu yang diolahnya pada malam tersebut ialah berkisar Maal Hijrah dan kaitannya dalam kehidupan kita sebagai manusia dan hamba ALLAH S.W.T. di muka dunia ini.

Saudara/i sekalian,

Saya berpesan juga pada diri saya yang utamanya mengenai “SELERA” kita bila kita berbicara soal ISLAM, soal kepentingan Ummah, soal isu-isu Agama, soal Moral dan Akhlak, soal kerja dan Ibadah. Di mana “SELERA” kita? Adakah bila terdengarnya AZAN yang indah ke udara di corong-corong ’speker’ Masjid, Surau, Musolla, air liur kita akan pecah, macam kita “SELERA” kita terliur dengan ‘Nasi Kandar, Air Cincau, Kari Sembilang dan sebagainya. Kita kena ‘check-up’ dan ‘post-mortem’ semula di mana SELERA kita mengenai isu-isu ISLAM dan DIRI kita.

Dedikasi ini juga saya tujukan khas buat kedua ibu bapa tersayang, dan adk-adikku tersayang. Terima kasih, jutaan penghargaan buat kalian semua kerana memBAHAGIAkan ku.  Jasa ayah bonda tidak cukup hanya ku tulis di sini!

Semoga 1429H ini akan membangkitkan keazaman kita dan iltizam dalam kerja-kerja kebaikan dan kebajikan kerana ALLAH S.W.T.

Salam kemaafan dari saya, andai ada kekasaran bahasa dan kesilapan kata.

Sehingga berjumpa di lain lembaran.

Jalan-Jalan Cari Kejayaan

Posted in Pendidikan on Januari 17, 2008 by kayrulzam

Apa khabar semua? Didoakan semua ceria-ceria dan sehat di mana jua kalian berada. Salam penuh keceriaan saya lemparkan buat tetamu semua. Semoga iman dan takwa kita ini terus segar-bugar bertambah-tambah kebaikannya untuk manfaat diri dan hidup kita.

Tuan-tuan, saudara saudariku sekalian, kita sering kali berhadapan dengan masalah. Siapa yang tiada masalah? Angkat tangan jawab :) Setiap masalh, setiap kesulitan ada jalannya untuk peneyelesaian, ada cara bagi selesai, ada jalan untuk menuju kejayaan. Semua orang inginkan berjaya, berkehendakan KEJAYAAN! Ingin berjaya! Sejarah orang-orang yang berjaya dalam senarai sejarah dunia memang banyak. Ada yang berjaya ciptakan sesuatu, berjaya lahirkan sesuatu, berjaya membentuk sesuatu, berjaya hasilkan sesuatu, berjaya cetuskan sesuatu dan berjaya jinakkan sesuatu dan pelbagai lagi koleksi kejayaan yang direkodkan!

Wah, tentu terfikir kita, bagaimana semua kejayaan ini diperolehi? Adakah hanya duduk termenung di tepian mandi, berangan mimpi di atas pokok kelapa, duduk merenung bulan bintang sahaja? Tentu saudara dan saudari ada koleksi jawapan objektif dan subjektif untuk menjawabnya, bukan?

Memetik intisari buku tulisan Dato’ Dr.Mohd.Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof – 55 Petua Orang Berjaya, saya menyarankan kepada semua individu yang inginkan kejayaan dan petua-petua menggarap sinar kejayaan agar cuba beli, baca serta praktikan kandungan isi buku yang menarik ini! Ayuh, dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran anda!

Saya pinjam salah satu topik dalam buku berkenaan, menyentuh tentang Petua 1 “Saudara BUKAN GAGAL tetapi BELUM BERJAYA”. Ya, menarik bukan kata-kata ini, anda yang pernah gagal dalam peperiksaan, gagal dalam pelajaran, gagal temuduga kerja, gagal jadi angkasawan dan semua kata makna gagal dalam sesuatu bidang anda tentu akan lebih sejuk hati mendengar kata-kata “BUKAN GAGAL tetap BELUM lagi sampai apa yang dikatakan BERJAYA”.

Jom kita imbas sedikit cerita Kolonel Sanders bersama resipi sedanya Ayam Goreng Kentucky Fried Chicken ( KFC ) – Sedap dimakan, begitu saja! Berapa kali dia cuba memberi keyakinan orang terhada resipinya? Sampai orang yang ke-1000 pun, masih kata ,”Hmm…You kena banyak masak lagi la..” ( lebih kurang kata-kata menolak resipinya yang masih tidak memuaskan hati pelanggan yang ke-1000 ). Namun orang yang ke 9 selepas orang ke-1000 tadi barulah, kata-kata POSITIF didengarinya. Orang yang ke-1009 dik! Wah, hebat bukan? Erti PUTUS ASA, MALAS, TIDAK YAKIN tentunya jauh dalam kotak pemikiran Kolonel Sanders. Orang yang ke-1009 mengatakan ”Hmm..resipi ini sangat BAGUS!” Hingga menjilat jari ( ini saya tambah sahaja:) ). Apa akan jadi jikalau Kolonel Sanders awal-awal lagi menarik nafas, mengeluh lalu tidak teruskan misi resipinya itu? ;)

Begitu juga dengan usaha gigih Thomas Elva Edison, kerja kuatnya dalam merekacipta lampu setalh hasil usaha lebih 10,000 kali! Ada tokoh pernah mengatakan,” Ilham orang yang GENIUS hanya memberikan sumbangan 1% kepada hasil kejayaan, dan 99% lagi itulah USAHA yang GIGIH!.

Ada banyak lagi kisah sejarah dan rekod kejayaan yang melibatkan nama-nama besar dalam sejarah dunia. JANGAN kita lupakan, tokoh-tokoh ilmuan dan cendekiawan Islam yang banyak mencipta kejayaan yang begitu CEMERLANG, lagi SUNGGUH GEMILANG, menjadikan ISLAM TERBILANG! Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Al-Biruni, Al-Razi, Ibn Qayyim,Ibn Rusyd, Al-Gahzali, Al-Farabi, Ibn Khaldun dan RAMAI lagi tokoh Ilmuwan Islam yang ada dalam sejarah kejayaan dalam kehidupan dunia!

Semoga kita ambil petua-petua berguna mereka ini semua, untuk mencipta KEJAYAAN yang kita Impikan bukan hanya MIMPIKAN sahaja! Oleh itu, “JANGAN Matikan enjin usaha anda, teruskan nyalaannya kepanasannya untuk sampai ke puncak KEJAYAAN!”

Teknik Belajar Berkesan, Ada Cara?

Posted in Pendidikan on Januari 14, 2008 by kayrulzam

Salam hormat dari saya buat anda semua, apa khabar rakan-rakan?Saudara saudari ku semua? Doa saya agar kalian semua, dikurniakan kesihatan Nikmat hidup yang baik di mana jua anda berada.

Apa khabar Iman? Apa cerita jiwa kita hari ini? Jika hari ini lebih baik dan ada anjakan kebaikannya dari hari semalam, kita berjaya memperbaiki satu rekod ‘kesihatan’ iman kita dan bertambahnya modal pahala. Dan jika kita ada sasaran untuk meningkatkannya pada hari esoknya, ayuh mulakan langkah bijak itu!

Saya baru-baru ini ( dalam minggu ke-2 Januari ini ) telah dimaklumkan oleh seorang rakan untuk menjemput saya memberikan ‘Ceramah Motivasi’ kepada pelajar! Wah! Terkejut saya dibuatnya ini. lebih terkejut lagi saya diberitahu olehnya, tajuk itu berkenaan dengan Teknik Belajar Berkesan. Tajuk besar tu kan? Saya bukannya orang yang pakar dalam memberikan ulasan berkenaan tajuk tersebut. Hehe..lain orang, lain teknik belajar nya kan.

Ada yang gunakan teknik peta minda, teknik belajar malam siang tidur, ada 1002 macam teknik lagi yang boleh diperolehi dan boleh kita kutip dari petua-petua Bijak Belajar yang telah disyorkan pakar-pakar motivasi terkenal. Saya yakin, kita semua ada pengalaman tersendiri menggunakan strategi dan teknik dalam sistem belajar.

Saya lebih suka juga agar, saya buka ruangan tajuk entri saya ini untuk sama-sama kita bincangkan, teknik apa yang sesuai untuk diaplikasikan oleh para pelajar, adik-adik remaja kita, mahasiswa tonggak negara, dan kita semua dalam mempertingkatkan lagi ilmu serta kemahiran belajar kita. Menuntut ilmu yang baik dan bermanfaat untuk semua adalah satu kerja yang sangat mulia, dan bertambah mulia lagi dengan keihklasan niat kita mendalami ilmu untuk dimanfaatkan untuk menjadi Manusia yang benar-benar bergelar Manusia!

Syukur kepada ALLAH SWT, Maha Pencipta dapat saya menulis dan menaip lagi dengan jari-jemari kurniaanNYA ini, ALLAHUAKBAR!

Nur Hijrah Dan Langkah Kita

Posted in Semasa on Januari 8, 2008 by kayrulzam

Tuan-tuan, saudara saudari semua, saya mewakili diri ini dan Keluarga saya mengucapkan “Selamat Menerima Kedatangan Maal Hijrah 1429H”. Ia bakal menemui kita, dan kita akan menempuhinya. Umur kita juga akan menjangkau usia yang akan bertambah. Yang muda akan bertambah lagi satu takuk usianya, yang remaja juga akan betambah keremajaannya, dan pelbagai lagi pertambahan dan pertumbuhan serta akan adanya juga kepupusan dan kehilangan. Semua ini kita wajib memahami dan beriman dengan ketentuan yang Maha Kuasa, pemilik alam semesta ini.

Di mana kita, ketika Nur hijrah akan menjenguk kita di tirai 2008 ini?

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Rebutlah lima kesempatan sebelum datang lima yang lain; masa muda mu sebelum datang masa tuamu, masa sihat mu sebelum datang masa sakit mu, masa kaya mu sebelum datang masa fakir mu, masa lapang mu sebelum datang masa sibuk mu dan masa hidup mu sebelum datang kematian mu.” (Hadis riwayat Tarmizi)

 

2008-Jom Hebohkan Diri

Posted in Semasa on Januari 3, 2008 by kayrulzam

Salam perpaduan penuh kasih sayang buat semua pelayar budiman, rakan taulan, sahabatku semua;

Masih tidak terlewat lagi di hari ke-3 2008 ini, saya mengucapkan selamat memasuki satu lagi jendela baru dunia fana ini. Tahun 2008 disambut dengan pelbagai acara, macam-macam aktiviti, 1010 macam pe’el manusia meraikan kedatangannya. Bunga api percikan warna-warninya mewarnainya ruang angkasa langit bila detik 12 malam 1 Januari 2008 mengetuk pintu tabir 2007 yang telah kita tinggalkan. Pelbagai warna-warni kehidupan telah kita lalui sekitar tahun 2007 yang lalu. Rasanya, tak perlu saya taipkan dan ulangi dalam penulisan saya kali ini.

2008-kini sudah mulakan kalendarnya. Koyakkan kalendar 2007, simpan cebisan-cebisannya dengan sebaiknya, Diari 2007? ada yang penuh, ada masih belum tertulis apa-apa, sekadar tulis no telefon rakan taulan :) datang sudah Diari 2008, jom kita ‘penuhkan’ dan ‘hebohkan’ diri kita, dan didoakan agenda diri kita ini akan mendapat ‘kedudukan’ terbaik daripada-NYA. Takut diri ini bila mana mengenangkan perjalanan 2007 tidak banyak menyumbang kepada ‘kerja-kerja’ pembangunan Ummah! InsyaALLAH..dengan izinNYA ku memohon, agar diri ini diberikan peluang semampunya untuk terus ‘buat kerja’ dan ‘perniagaan’ yang mendapat keuntungan yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T. Diri ini mengajak “Diri saya” yang utamanya untuk menjadikan 2008 dan 1429Hijriah ini satu bingkai kehidupan yang dapat memberikan gambaran yang menarik untuk kita kenangi bersama!