Arkib untuk November, 2007
Palestin dan Kita
Posted in Semasa on November 28, 2007 by kayrulzamSalam hormat buat saudara, saudari semua. Semoga dirahmatiNYA.
Pagi ini saya mula kembali menjenguk laman blog saya setelah saban minggu ditinggalkan oleh kerana menumpukan kepada hal-hal berkaitan tugas dan tanggungjawab kerjaya. Alhamdulillah, pagi ini saya melafazkan setinggi-tinggi rasa pujian kesyukuran kepadaNYA atas nikmat Iman dan Islam yang masih lagi diberikan peluang untuk menghidunya. Entah kenapa pagi ini sesampai saja di pejabat, saya rasa di hati “aku nak tengok website Palestin la pagi ni…”benak hati saya mengukirkan kata-kata tersebut.
Hati terus syahdu dan pilu mengenangkan bumi Palestin yang setiap saat dipenuhi tumpahan darah saudara seagama. Mari kita lihat di web pilihan ini http://www.palestinkini.info/index.php. Tak terucap saya dengan kata-kata dan jari-jemari kaku untuk mengulasnya. Diri saya kurang ilmu berkaitan fakta mengenai Palestin dan perjuangan Al-Quds. Mungkin sahabat-sahabat di luar saya lebih arif dan tahu mengenainya.
Tuan-tuan, saudara saudari sekalian;
Cuba kita renungi satu kenyataan yang saya dapat jumpa di satu web pertubuhan Islam di Malaysia :
“Dunia sewajarnya merasa terkejut dengan tindakan semberono rejim zionis untuk memotong bekalan tenaga dan bahan api di Gaza sebagaimana yang dilaksanakan oleh Menteri Pertahanan dan diluluskan oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Olmert. Tindakan tersebut adalah satu pelanggaran terang-terangan ke atas hak asasi rakyat Palestin dan merupakan satu lagi manifestasi sekatan ekonomi yang dilaksanakan oleh Israel sejak satu setengah tahun yang lalu untuk mematahkan semangat perjuangan mereka. Langkah tersebut bukan sahaja menyalahi undang-undang kemanusiaan antarabangsa malah bertentangan dengan undang-undang Israel sendiri, sebagaimana yang pernah ditegaskan oleh GISHA, sebuah pertubuhan hak asasi yang berpengkalan di Tel Aviv. “Menafikan penduduk Gaza kemampuan untuk hidup secara terhormat, menjalani kehidupan yang normal, untuk bekerja dan menyara diri dan keluarga menyalahi tanggungjawab Israel di bawah Undang-undang kemanusiaan, undang-undang hak asasi dan undang-undang kebangsaan kita sendiri.”
Tindakan tersebut menyusuli pengisytiharan Israel ke atas Gaza sebagai ‘entiti musuh’. Langkah tersebut tidak menggugurkan tanggungjawab Israel terhadap Gaza kerana secara teknikalnya, Gaza masih di bawah pendudukan meskipun Israel telah berundur dari wilayah Gaza pada tahun 2005. Dengan mengepung dan mengenakan sekatan ekonomi yang menyeluruh ke atas Gaza , Israel telah menukar Gaza kepada penjara terbesar di dunia. Berikutan tumpasnya kumpulan Muhammad Dahlan dan kelompok lain yang bersekongkol dengan agenda zionis di tangan kerajaan Gaza , Israel memperketatkan sekatan dengan menutup laluan utama untuk perdagangan dan barangan pengeluaran pertanian di Karni. Ini menjurus kepada kesan yang mendalam ke atas ekonomi Gaza yang telah sedia parah. Petani tidak dapat menjual hasil mereka ke luar Gaza, kilang-kilang memberhentikan operasi dan aktiviti perniagaan langsung terhenti. Semua ini hanya membawa satu makna iaitu krisis kemanusiaan yang di luar jangkauan. Kesan darinya lebih dari 80% penduduk Gaza kini bergantung kepada bantuan makanan dari UNRWA (Agensi Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu). Kini dengan pemotongan tenaga dan bahan api, bencana kemanusiaan pasti akan berlaku.”
Tentunya ini mengejutkan kita andai kita seorang insan yang sensitif berkaitan isu saudara seagama kita! Bersama kita doakan kesejahteraan umat Islam seluruh dunia setiap kali kita tunaikan solat.
Selamat dan Tidak Selamat !
Posted in Pendidikan on November 15, 2007 by kayrulzamBagaimana kerja dan pekerjaan anda sekarang? Adakah anda rasa Selamat? Tidak Selamat? MerBAHAYA atau tidak? Jika Selamat boleh kita kongsikan apa yang dikatakan betul-betul Selamat itu dalam bidang pekerjaan anda. Saya ingin berkongsi dengan saudara, saudari sekalian semua tentan aspek Keselamatan Dalam Pekerjaan.
Tuan-tuan, saudara,saudari yang dihormati;
Aspek keselamatan ini menjadi perkara penting bila kita berhadapan dengan sesuatu kerja dan tugas. Secara ringkasnya jika anda ingin berkongsi pengalaman ataupun bertukar pandangan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini, boleh emelkan kepada saya secara terus. Saya juga ingin menambah ilmu berkaitan SAFETY ini kerana ia adalah tanggungjawab saya juga untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak didikan saya di institusi pengajian.
Faktor keselamatan bukan hanya kita ambil tahu di tempat kerja sahaja. Bagaimana pula di rumah kita? Adakah kita saja buat-buat TAK TAHU mengenainya ? Lihat saja pelbagai berita dan tragedi yang berkait rapat dengan keselamatan contohnya kebakaran, kemalangan, lemas, renjatan elektrik, keracunan, cirit-birit, sesak nafas, tercekik tulang ikan dan 1002 macam lagi tragedi dari aspek keselamatan yang kurang diambil perhatian dan kurangny keperihatinan kita dalam mengenal aspek-aspek SAFETY ini.
Saya merasakan tajuk SAFETY ini boleh kita bincang dan terus bincang dari semasa ke semasa dalam apa juga medium yang ada. Bukan sekadar hanya di alam maya, tapi realitinya hendaklah ada. Bersama kita menjadikan aspek SAFETY ini dengan baik dan dapat kita hayati bersama.
Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini saya telah menyertai satu kursus berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu “Occupational Safety And Health Administration (OSHA ) yang bertempat di Pulau Pinang selama 2 hari. Terima kasih yang dan penghargaan kepada pihak penganjur Kolej Komuniti Bayan Baru dan MAPIS Consultancy yang telah berusaha menjayakan kursus berkenaan.Semoga perkongsian ilmu tersebut dapat kita manfaat kan bersama.
p/s : Saya agak sibuk 2-3 minggu ini kerana bertugas bagi melancarkan perjalanan musim peperiksaan akhir pelajar di institusi pengajian saya. Harap maklum.