Musim Haji

Posted in Semasa on September 29, 2011 by kayrulzam

Sudah berlalunya Syawal. Kelmarin,penerbangan ke Baitullah bermula. Semoga Haji Mabrur dikecapi kalian. Hati teringin sangat terbang ke sana. Moga dipanjangkan umur tercapai hajat kami.

Musim haji telah tiba lagi, berjuta umat Islam kunjungi Makkah. Doakan bakal haji dan hajjah dipermudahkan segala urusan dan selamat menjalani ibadah dengan cemerlang di sana.

Salam 1 Zulkaedah.

Ampuni Kami Ya ALLAH!

Posted in Semasa on September 27, 2011 by kayrulzam

Hari ini 29 Syawal. Esok hari akhir di bulan Syawal, ada lagi ‘open-house’ di merata-rata nampak gayanya.Moga-moga dengan berlangsungnya pelbagai sambutan rumah terbuka Aidilfitri, ia mendapat barakah daripada Allah SWT. Bukan apa, naik meremang bulu roma kita, bila dilihat ada makcik-makcik menari ‘cha-cha’ di majlis rumah terbuka raya ( seperti di tayangkan di kaca televisyen anda ).

Ampuni dosa-dosa kami Ya ALLAH!

Banyak kisah la kat Malaysia ni, dari Sejarah sampai subjek Agama, rakyat Malaysia boleh dapat info di media massa.

Harap-harap segala yang memeningkan rakyat dapat la disembuhkan segera.

PRU 13 dah nak mari ke :)

Salam Syawal 29.

 

 

 

 

Hidupkan Kehidupan

Posted in Semasa on September 13, 2011 by kayrulzam

Alhamdulillah. Segala pujian bagi Allah pemilik sekelian alam. Syukur dapat hirup udara segar yang ‘free’ ini. Moga kita terus kekalkan kecemerlangan ramadhan lalu berterusan ke bulan-bulan seterusnya,

Jadikan kehidupan kita di dunia ini menjadi landasan kukuh untuk kita menuju negeri Akhirat.

Salam Syawal.

Maaf Zahir & Batin.

Sedih = Akhir Ramadhan

Posted in Semasa on Ogos 23, 2011 by kayrulzam

Tiada komen.

Anda rasainya?

Indahnya Puasa

Posted in Pendidikan dengan label , , on Ogos 16, 2011 by kayrulzam

Salam Ramadhan 16. Fasa ke-2 kita gagahi.
Esok sudah masuk 17 Ramdhan.Nuzul Quran,hari penting. Hari-hari indah ramadhan ini sugguh mendamaikan. Siang harinya, manusia berasak menjenguh bazar. Malam pula, menyusun saf mendamba doa ilahi. Tengah malam,munajat hamba bangun qiam padaNYA. Awal pagi,bangunkan sunnah sahur.

Arus masa berlalu dan terus berlalu. Yang lepas, tak dapat ulang kembali. Moga istiqamah amal ini.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.